31 Mac 2022

Program Gotong Royong di Kg. Keluarga



Pengerusi JPKK, En. Alawih D. Yusop menyerahkan bantuan racun rumpai kepada seorang petugas bagi mengawal pertumbuhan rumput dan semak samun di seluruh persekitaran Kg. Keluarga.

Terdahulu pada Ahad 27 Mac 2022 JPKK bersama masyarakat Kg. Keluarga telah melaksanakan program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran kampung.

Sememangnya program ini telah lama dirancang namun disebabkan arahan PKP dan musim tengkuju pada awal tahun ini menyebabkan program ini tidak dapat dilakukan.

Alhamdulillah JPKK dan masyarakat kampung sepakat mengambil peluang sebelum menjelang bulan Ramadhan untuk lakukan gotong royong.

Masyarakat kampung telah memberikan komitnen dengan semangat positif sehingga dapat menyekesaukan kerja gotong royong begitu pantsnya tak sampai tengahari.

Cuma ada bahagian saliran air / parit menuju ke arah sungai akan dibersihkan secara gotong royong kelak selepas musim Hari Raya Puasa yang akan ditentukan oleh pengurusan JPKK dan masyarakat Kg. Keluarga.











Sumber:  Admin

25 Mac 2019

29 Mei 2017

08 Mei 2017

07 Mei 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG PENDUDK KG. GAS BERSAMA DATUK HJ. SAMSUDIN YAHYA


“ Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap sesuka hati boleh mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. "


Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Yang Berhormat Datuk Hj. Samsudin Yahya menyempurnakan Program Gotong Royong membersihkan kawasan Tanah Pekuburan Islam bersama-sama dengan masyarakat / penduduk Kg. Gas Tengah, Batu Sapi pada Sabtu 6 Mei 2017.

05 September 2016