07 Mei 2017

PROGRAM GOTONG ROYONG PENDUDK KG. GAS BERSAMA DATUK HJ. SAMSUDIN YAHYA



“ Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap sesuka hati boleh mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar. "


Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Yang Berhormat Datuk Hj. Samsudin Yahya menyempurnakan Program Gotong Royong membersihkan kawasan Tanah Pekuburan Islam bersama-sama dengan masyarakat / penduduk Kg. Gas Tengah, Batu Sapi pada Sabtu 6 Mei 2017.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan N. 43 Sekong telah menyampaikan sumbangan wang tunai ke atas dua buag masjid dan dua kumpulan KRT pada masa sama juga menyampaikan sumbangan wang tunai untuk Program Kenduri Sekampung yang bakal diadakan minggu hadapan.

Katanya "Budaya yang baik ini perlu dipertahankan bagi memastikan golongan muda akan mewarisi perkara tersebut,”

Menurutnya masyarakat hari ini perlu memain peranan secara bersama dalam usaha menjaga kebersihan supaya kawasan persekitaran sentiasa dalam keadaan bersih dan indah.

“Sikap masyarakat yang suka membuang sampah sarap sesuka hati boleh mendatangkan kesan kepada alam sekitar.

“Tanggungjawab dalam menjaga kebersihan perlu dipikul secara bersama dan ia mampu melahirkan masyarakat yang cintakan keindahan dan kesejahteraan,” katanya.


Datuk Hj. Samsudin Yahya ditemubual oleh seorang wartawan


Group foto Datuk Hj. Samsudin Yahya bersama para peserta gotong royong


Sebahagian daripada peserta gotong royong


Ramainya peserta gotong royong


Datuk Hj. Samsudin Yahya semasa memberikan ucapan


Pengerusi KRT Kg. Gas menerima sumbangan daripada
Datuk Hj. Samsudin Yahya


Pengerusi JKKK menerima sumbangan untuk Program Kenduri Sekampung



0 comments: