31 Julai 2022

Agihan Bantuan Bakul Makanan di Taman Mawar oleh Khairul Firdaus



Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tuan Hj. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan adakan lawatan kebajikan di Taman Mawar, Sandakan pada Sabtu 30 Julai, 2022.

Beliau diiringi staf perkhidmatan kebajikan BERSATU Batu Sapi mengambil inisiatif menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada 100 orang penerima dari kalangan pengundi P. 185 Batu Sapi yang tinggal di Taman Mawar.




Beliau yang juga Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah berkata, bersama-sama pasukan perkhidmatan kebajikan BERSATU Batu Sapi akan sentiasa meneruskan khidmat seumpama ini kepada pengundi P.185.

Dan jika ada pengundi memohon bantuan atau menghadapi kemuskilan dan aduan bersabit keperluan infrastruktur sara hidup rakyat, dialu-alukan supaya menghubungi kakitangan pusat perkhidmatan aduan rakyat yang bertempat di Restoran Feng Sheng, Taman Mawar.

Oleh: Admin

30 Januari 2022

Penduduk KRT Flat MPS, Jalan Batu Sapi Terima Bantuan Bakul Makanan



Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tn. Hj. Firdaus Datuk Akbar Khan adakan lawatan Rama Mesra bersama penduduk Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Flat MPS Jalan Batu Sapi, Sandakan pada Sabtu 29 Januari 2022 bertempat di Pusat KRT Flat MPS.

Beliau yang juga Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah diiringi bersama oleh  Ketua Armada Batu Sapi, En. Rozaizar Rozainie dan Ketua Srikandi Batu Sapi, Puan Hasna Nurdin menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada ketua isi rumah.

Program berkenaan menambahkan lagi hubungan silatur rahim pemimpin bersama KRT Flat MPS selain mengambil maklum keluhan yang mereka luahkan.

Turut serta pada program berkenaan; Barisan Ajk Bahagian, Ajk Srikandi dan Ajk Armada Batu Sapi.




















15 Januari 2022

Ahli Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan terima bantuan Bakul Makanan



Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tn. Hj. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan menyantuni ahli-ahli Persatuan Nelayan Kawasan Sandakan (PNKS) di pejabat Lembaga Kemajuan Ikan Malaysis (LKIM) Cawangan Sandakan pada Sabtu 15 Januari 2022.

Beliau yang juga Ketua Penerangan BERSATU Negeri Sabah menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada semua anggota PNKS.

Pada hari yang sama juga beliau sempat mengadakan program Rama Mesra bersama penduduk kampung pengundi Batu Sapi di Kg. Bukit Kenoha, Taman Poh Hing, Pasir Putih dan Jalan Cecily yang terletak di DUN Karamunting dan Sekong.

Turut sama pada program berkenaan; Ketua Srikandi Batu Sapi, Puan Hasma Nurdin, Ketua Armada Batu Sapi, En. Rozaizar Rozaimie diiringi beberapa orang Ahlijawatankua BERSATU Batu Sapi.









25 Oktober 2021

Bantuan Atap Zink Untuk Mangsa Kebakaran Kampung Sundang Laut - Oleh Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi




Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tuan Hj. Khairul Firdaus Akbar Khan menyampaikan Bantuan Zink Spandik kepada mangsa-mangsa kebakaran di Kampung Sundang Laut pada Ahad 24 Oktobet 2021.

Menurut data yang telah direkodkan sebanyak 30 buah rumah terbabit dalam kebakaran pada April lepas masing-masing diberikan 28 keping untuk atap bumbung dan 36 keping untuk dinding rumah mereka.

Bantuan berkenaan telah melegahkan dan mengurangkan bebanan mereka, kini berpeluang membina rumah mereka semula di Kampung Sundang Laut.

Rata-rata mangsa mengucapkan syukur dan sangat berterima kasih kepada Khairul Firdaus ringan hati membantu menyalurkan bantuan kepada mereka. 

















Sumber: BERSATU Batu Sapi

24 Oktober 2021

Bantuan Pelaburan Saham di Kampung Bambangan - Khairul Firdaus


Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tuan Hj. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan turun padang menyampaikan bantuan dalam bentuk Pelaburan Saham dalam Amanah Saham Bumiputra kepada murid-murid sekolah bertempat di Dewan Kampung Bambangan, Batu Sapi pada Sabtu 23 Oktober 2021.

Terdapat 100 murid-murid sekolah di Kampung Bambangan bernasib baik telah mendapat bantuan berkenaan daripada Khairul Firdaus.

Program ini amat bernafaat kepada murid-murid untuk mendidik mereka menabung dalam bentuk pelaburan jangka panjang saham amanah demi kepentingan masa depan mereka kelak.

Turut hadir dalam program berkenaan; Ketua Srikandi Batu Bapi, Puan Hasma Nurdin, Ketua Armada Batu Sapi, En. Rozaizar Rozainie dan Setiausaha Bahagian BERSATU Batu Sapi, En. Azman Ambo. 












Sumber: PPBM Batui Sapi


14 Ogos 2021

Bantuan Kerusi Roda - PPM Sekong



Alhamdulilah hari ni sampaikan sumbangan weelchair kepada beberapa penerima di Kampung Bakau, Kampung Gas & Perumahan PPR Batu Sapi.
 
Penerima ini kami jejaki semasa menyampaikan sumbangan Kit Bakul Makanan..

Saya bersyukur berjumpa dengan ramai orang baik yang saling mendoakan.

Alhamdulilah Allah swt permudahkan urusan kami..

Semoga sumbangan ini dapat mempermudahkan urusan penerima ke hospital dan untuk kegunaan seharian.
 
Insyallah penerima yang lain akan saya sampaikan kemudian sebab ada beberapa lagi yg belum sampai..

PPM  N. 53 Sekong, Pn. Hazulizah Md. Dani