PROGRAM GOTONG ROYONG
Ketua Penaja PPBM Batu Sapi Tuan Hj. Khairul Firdaus berucap pada Program Gotong Royong bersama penduduk Kampung Keluarga pada 24/03/2019
AHLI LEMBAGA KOSIJASA
Ahli Lembaga Koperasi Sibuga Jaya Sandakan Berhad (KOSIJASA) - 2015/2016
KOPERASI SIBUGA JAYA SANDAKAN BERHAD
Sebahagian dari ahli-ahli Koperasi Sibuga Jaya Sandakan Berhad (KOSIJASA) bergambar berkumpulan selepas majlis doa kesyukuran
PERUNTUKAN KERUSI PLASTIK
Ahli-Ahli Koperasi Sibuga Jaya Sandakan Berhad (KOSIJASA) telah mengadakan Majlis Doa Selamat Kesyukuran bertempat di Anjung Sri Kamra, Kampung Keluarga pada Ahad - 03 Mei 2015.
Terdahulu Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Kali Yang Pertama turut diadakan sebagai memulakan langkah aktiviti koperasi dan menyusun perlantikan pegawai-pegawai untuk sama-sama dengan Pengerusi sebagi satu team untuk bergerak memulakan perniagaannya.
Oleh: Admin
Menerima penyerahan peruntukan sebanyak 50 buah kerusi daripada Ahli Parlimen Batu Sapi P. 185 Datuk Linda Tsen Thau Lin
Ahli Parlimen P. 185 Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin telah memberikan Peruntukan Kerusi Plastik untuk lebih dari 40 buah kampung dalam Kawasan Parlimen Batu Sapi pada Ahad 26 April 2015.
Beliau mengagih-agihkan sebanyak 50 buah kerusi untuk setiap kampung di dalam kawasan DUN Karamunting dan DUN Sekong yang diserahkan melalui semua Pengerusi JKKK masing-masing.
SEBUAH KOPERASI TELAH DITUBUHKAN
DI KAMPUNG KELUARGA
DI KAMPUNG KELUARGA
Pihak JKKK telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan sebuah koperasi di Kampung Keluarga bertujuan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi dan kebajikan penduduk yang menganggotai koperasi berkenaan.
KOPERASI SIBUGA JAYA SANDAKAN BERHAD adalah nama yang diberi, ianya telah diluluskan dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia pada 20 Mac 2015.
Pusat operasi dan pejabat Koperasi akan dibina di bahagian Utara Kampung Keluarga memandangkan lokasinya yang stratejik dan mudah dicapai oleh pelanggan. Pihak JKKK berusaha untuk menyiapkan premis tersebut dan dijangka akan menjalankan aktiviti komersialnya menjelang pertengahan tahun ini.
INFO PENDUDUK DAN PENGUNDI DALAM REKOD DATABASE
WAWASAN 2020 hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi, selaku Pengerusi JKKK saya berusaha mewujudkan maklumat penduduk dan pengundi Kg. Keluarga direkodkan dalam bentuk database supaya pihak kami dengan mudah melakukan pengemaskinian info desa tanpa bergerak banyak, cuma menggunakan kemudahan dalam talian dan komunikasi terkini agar maklumat terperinci senentiasa dicapai dengan pantas diurus dengan baik dan tersusun.
Bulan Februari ini sudah dalam peringkat akhir melibatkan data di Kg. Keluarga dan Kg. Melayu. Ini adalah penting untuk mengambil insiatif lebih awal supaya tidak bekerja pada saat-saat akhir. Dijangka terdapat pertambahan penduduk yang layak mengundi tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.
Maklumat pembangunan infrastruktur juga direkod dalam database termasuk maklumat semua rumah penduduk serta apa-apa badan atau agensi kerajaan yang terdapat dalam kampung.
Menjelang negara diikhtiraf sebagai negara maju pada tahun 2020, Kg. Keluarga akan menjadi sebuah kampung yang bermaklumat terperinci melalui data info yang sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Program ini juga akan memudahkan jenerasi pengurus kampung pada masa akan datang.
Dikemaskini: 07/02/2015
CADANGAN MEMBINA PEMBENTUNGAN PARIT
Lokasi cadangan membina pembentung parit / saliran, Kg. Keluarga
Contoh spesifikasi pembentung parit/saliran yang disarankan oleh Jurutera dari Jabatan Pengairan dan Saliran, Sandakan
DEWAN MINI TERBUKA ANJUNG SRI KAMRA
Projek Dewan Mini Terbuka ini diberi nama Anjung Sri Kamra, ia dibina melalui kelulusan peruntukan Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin. (tahun 2014).
Projek ini membawa banyak faedah dan manafaat kepada penduduk kampung, ia digunakan untuk apa sahaja aktiviti anjuran JKKK dan kemasyarakatan yang dianjurkan di Kg. Keluarga termasuklah boleh digunakan oleh penduduk untuk urusan majlis-majlis sosial lain.