Keluarga Generasi Taha telah mengadakan Perjumpaan dan Mesyuarat pada Ahad 4 Ogos 2024 bertempat di Rumah kediaman Puan Salma Dantalmura, Taman Mega Jaya, Batu 7, Sandakan.
Seramai 35 ahli keluarga Generasi Taha hadir menjayakan majlis berkenaan yang bermula jam 2:00 petang.
Objektif utama keluarga besar ini menganjurkan pertemuan adalah membentuk perpaduan silatur rahim yang telah lama terjalin sejak hampir 50 tahun.
Mereka semua sepakat Generasi Taha diwujudkan dan akan diteruskan secara formal bagi meneruskan agenda kemesyarakatan, kebudayaan dan kebajikan khusus para ahli keluarga.
Keluarga ini dianggarkan seramai 250 orang bermastautin di Sandakan tidak termasuk yang berada di lain-lain Daerah.
Usaha gigih mengenalpasti kebaradaan ahli keluarga ini seperti di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau dan Semenanjung Malaysia dilaksanakan dalam masa terdekat.
Keluarga Generasi Taha merupakan masyarakat pertama yang meneroka Kampung Keluarga, Sandakan pada tahun 1974.
Sehingga ke hari ini, keturunun Generasi Taha telah berkenbang dianggarkan melebihi 300 orang.
Oleh: Admin
0 comments: