31 Mac 2022

Program Gotong Royong di Kg. Keluarga




Pengerusi JPKK, En. Alawih D. Yusop menyerahkan bantuan racun rumpai kepada seorang petugas bagi mengawal pertumbuhan rumput dan semak samun di seluruh persekitaran Kg. Keluarga.

Terdahulu pada Ahad 27 Mac 2022 JPKK bersama masyarakat Kg. Keluarga telah melaksanakan program gotong royong membersihkan kawasan persekitaran kampung.

Sememangnya program ini telah lama dirancang namun disebabkan arahan PKP dan musim tengkuju pada awal tahun ini menyebabkan program ini tidak dapat dilakukan.

Alhamdulillah JPKK dan masyarakat kampung sepakat mengambil peluang sebelum menjelang bulan Ramadhan untuk lakukan gotong royong.

Masyarakat kampung telah memberikan komitnen dengan semangat positif sehingga dapat menyekesaukan kerja gotong royong begitu pantsnya tak sampai tengahari.

Cuma ada bahagian saliran air / parit menuju ke arah sungai akan dibersihkan secara gotong royong kelak selepas musim Hari Raya Puasa yang akan ditentukan oleh pengurusan JPKK dan masyarakat Kg. Keluarga.











Sumber:  Admin

Related Posts:

0 comments: