25 Mac 2019

GOTONG ROYONG BERSAMA TUAN HAJI FIRDAUS DATUK AKBAR KHAN




Tuan Haji Firdaus Datuk Akbar Khan bersama-sama rombongannya menyertai Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Persekitaran Kampung Keluarga, Jalan Lintas Sibuga pada Ahad 24 Mac 2019.

Beliau diiringi oleh lebih 40 orang rombongan yang yang turut menyertai kerja-kerja gotong royong membersihkan kawasan perumahan, kawasan persekitaran dan dewan terbuka Kampung Keluarga.

Firdaus dalam ucapannya di program berkenaan menekankan betapa pentingnya perpaduan dan bersatu dalam menjayakan aktiviti kemasyarakatan di peringkat kampung.

Terdahulu En. Alawih Dantalmura selaku pemimpin masyarakat di Kampung Keluarga berterima kasih kepada penduduk kampung memberikan kerjasama dalam aktiviti gotong royong terutama sekali kepada Tuan Haji Firdaus Datuk Akbar Khan bersama begitu ramai rombongan menjayakan program berkenaan.


















































Related Posts:

0 comments: