Firman Allah SWT: “Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada di antara pohon bidara yang tidak berduri dan pokok pisang yang bersusun-susun (buahnya) dan naungan yang terbentang luas dan air yang tercurah dan buah-buahan yang banyak, yang tidak dilarang mengambilnya dan tilam tebal yang empuk, sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari) secara langsung.” (Surah al Waqiah, ayat 27 hingga 35)
Buah tropika ini bukan hanya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi pemakanan, malah ia mudah didapati sepanjang musim.
Buah tropika ini bukan hanya mempunyai khasiat yang tinggi dari segi pemakanan, malah ia mudah didapati sepanjang musim.
Pisang mampu meransang penghasilan hemoglobin dalam darah yang sekali gus membantu mengatasi masalah anemia. Memasukkan pisang dalam diet harian mampu membantu mengembalikan tindakan usus yang normal dan mengatasi masalah sembelit tanpa perlu menggunakan bahan laksatif kerana kandungan serat tinggi dalam pisang.
Makan pisang merupakan amalan yang baik terutamanya untuk yang orang berdiet. Malah khasiat buah pisang itu sendiri memang tidak perlu disoalkan.
Lebih menarik lagi, diet makan pisang ini tidak memerlukan sebarang usaha keras untuk anda mendapatkan hasil yang diidamkan.
Diet makan pisang ini menjadi popular selepas Hitoshi Watanabe berkongsi tentang diet tersebut menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”.
Cara diet makan pisang
Diet makan pisang ini menjadi popular selepas Hitoshi Watanabe berkongsi tentang diet tersebut menerusi bukunya “The Morning Banana Diet”.
Cara diet makan pisang
Selepas cubaan Watanabe gagal dalam menurunkan berat badan, Watanabe membuat keputusan untuk merekodkan setiap pengalaman diet yang telah dicubanya. Hasilnya ialah dengan melakukan “The Morning Banana Diet”.
Sebaliknya Watanabe memutuskan satu penyelesaian yang mudah iaitu makan pisang dan minum segelas air pada waktu pagi. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan makan apa-apa sehingga makan tengah hari.
Pisang adalah buah-buahan yang sarat dengan kanji yang aktif merangsang proses penurunan berat badan, malah sangat sesuai untuk dijadikan menu utama untuk orang diet.
Pantang larang dalam diet makan pisang
Pisang kaya dengan serat, kalium dan boleh meningkatkan tenaga.
Pisang juga merupakan buah-buahan yang mura, jadi anda tidak perlu menghabiskan wang untuk membeli pelbagai produk mahal.
Sarapan pagi yang kerap meningkatkan metabolisme dan mengelakkan anda daripada makan berlebihan pada waktu siang.
Jika anda tidak minum kopi pada waktu pagi, anda akan mudah mengawal glukosa darah dan selera anda.
Segelas air pada suhu bilik boleh meningkatkan metabolisme.
Diet makan pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.
Nota dari Haji Muhammad Amar b. Mohd Amin
Exco, Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM)
- Tidak ada syarat yang ketat untuk anda ikuti, cukup sekadar anda rasa kenyang dan perut tidak masuk angin.
- Anda perlu minum segelas air suam pada waktu pagi untuk merangsang metabolisme badan. Kemudian, tunggu selama satu jam dan makan pisang. Jika anda masih berasa lapar selepas 20 minit, makan pisang seterusnya. Tetapi pastikan anda makan pisang mentah dan bukannya pisang goreng atau yang dimasak dengan cara yang lain.
- Anda tidak perlu ambil susu sepanjang diet dan pemakanan yang terakhir hendaklah selewat-lewatnya pada jam 8 malam. Tidur awal kerana menurut kajian, tidur lewat boleh mengundang masalah obesiti.
- Sepanjang tempoh mengamalkan diet makan pisang ini, anda boleh makan apa sahaja untuk makan tengah hari dan makan malam. Sekiranya anda berasa lapar di antara waktu makan, ambillah buah-buahan.
Membantu anda elak makan selepas jam 8 malam dan musnahkan keinginan makan pada lewat malam.
Membantu mengurangkan pengambilan alkohol.
Diet makan pisang juga merupakan cara yang terbaik untuk menghilangkan selulit.
Nota dari Haji Muhammad Amar b. Mohd Amin
Exco, Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM)
0 comments: