23 Januari 2024

Tanda Sempadan Tanah Waqaf Lalasun




Pada 16 Januari lepas, saya dibantu oleh pekerja kebun bersama anaknya dan seorang lagi jiran di kebun malakukan pemeriksaan ukuran sempadan ke atas Tanah Waqaf di Lalasun.

Alhamdulillah pada hari itu cuaca agak cerah, jadi senang untuk kami melakukan kerja mengukur dengan mudah berpandukan Survey Plan dari Jabatan Tanah & Umur Sandakan

Tidak sampai setengah hari kami telah berjaya menemukan semula sempadan dan meletakkan penanda sempadan dengan mengenakan cat warna kuning supaya mudah dilihat.

Selepas tiga hari kemudian ada orang telah memindahkan salah satu penanda sempadan dari tempat asal ke tempat lain.

Lalu pada 21 Januari 2024 kami kembali ke Tanah Waqaf untuk meletakkan semula penanda sempadan ke lokasi asal.

Saya memaklumkan dan berkesan pada penghuni rumah berdekatan penanda sempadan berkenaan supaya memerhatikan agar tidak ada orang mencabutnya atau mengalihkannya ke tempat lain.

Turut sama En. Elcospini Gustaham, En. Mujib Hj. Siddik dan Anak En. Mannan Hj. Halil.


Kenalpasti bearing dan jarak

Meletakkan penanda sempadan

Mengecat penanda sempadan dengan warna kuning

Ada orang telah memindahkan penanda sempadan ke tempat lain

Meletakkan semula penanda sempadan ke tempat asal

30 Julai 2023

Bengkel Pengemaskinian Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional



Bengkel Pengemaskinian Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) telah di adakan selama dua hari bertempat di Ballroom Pavillion Hotel, Sandakan pada 27 & 28 Julai 2023.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk program pengemaskinian data maklumat kampung diselaraskan seluruh negara di anjurkan oleh Kementerian Pembangunan Desa dan Wilyah (KPDW).

Program kali ini diselenggara khusus merangkumi tiga daerah iaitu Sandkan, Libaran dan Batu Sapi, di mana lebih dari 100 orang kawasan-kawasan berkenaan Pengerusi JPKK terlibat hadir mengikuti program dua hari berkenaan.

Selain itu beberapa pegawai-pegawai pembangunan masyarakat ketiga-tiga daerah dan pegawai-pegawai petugas dari KPDW menjayakan bengkel berkenaan.

Kampung Keluarga diwakili oleh Pengerusi JPKK, En. Tahir Ahmad Darwis.


Sesi Bengkel dalam Ballroom, Pavillion Hotel


En. Tahir Ahmad Darwis bersama rakan-rakan santai dan rehat


Sesi Bengkel dalam Ballroom Pavillion Hotel


Format Bantian Data Tahun 2023 SPKPN


En. Tahir Ahmad Darwis Peserta Terbaik Bengkel


Oleh: Admin

18 Julai 2022

Kerja-kerja Pacak Penanda Sempadan Projek Jalan Kampung



Saya bersama tiga lagi penduduk kampung telah melakukan kerja memacak penanda sempadan untuk cadangan Projek Jalan Kampung di Kampung Keluarga, Jalan Lintas Sibuga, Sandakan pada Ahad 17 Julai 2022.

Minggu lepas saya diberitahu pihak pelaksana projek berkenaan untuk membantu membuat tanda sempadan bagi memudahkan mereka menetapkan lokasi sebenar untuk membina jalan baru (jalan kampung) di Kampung Keluarga.

Kemudian saya meminta tiga orang penduduk kampung, En. Taib, En. Sulaiman dan En. Will membantu saya mengukur dan meletakkan pacak sebagai penanda sempadan untuk tapak Projek Jalan Kampung.

Kami memulakan tugas mengukur bermula sekitar jam 9:30 pagi hingga selesai pada jam 11:30 tengahari.

Terdapat pokok tanaman seperti pisang, kelapa, mangga, ubi kayu dan pandan milik pendduk kampung perlu kerjasama mereka untuk mengalihkannya ke tempat lain kerana berada pada tapak jalan yang dicadangkan.







Oleh: Admin

17 April 2021

11 Julai 2018

02 Julai 2018