18 Julai 2022

Kerja-kerja Pacak Penanda Sempadan Projek Jalan Kampung




Saya bersama tiga lagi penduduk kampung telah melakukan kerja memacak penanda sempadan untuk cadangan Projek Jalan Kampung di Kampung Keluarga, Jalan Lintas Sibuga, Sandakan pada Ahad 17 Julai 2022.

Minggu lepas saya diberitahu pihak pelaksana projek berkenaan untuk membantu membuat tanda sempadan bagi memudahkan mereka menetapkan lokasi sebenar untuk membina jalan baru (jalan kampung) di Kampung Keluarga.

Kemudian saya meminta tiga orang penduduk kampung, En. Taib, En. Sulaiman dan En. Will membantu saya mengukur dan meletakkan pacak sebagai penanda sempadan untuk tapak Projek Jalan Kampung.

Kami memulakan tugas mengukur bermula sekitar jam 9:30 pagi hingga selesai pada jam 11:30 tengahari.

Terdapat pokok tanaman seperti pisang, kelapa, mangga, ubi kayu dan pandan milik pendduk kampung perlu kerjasama mereka untuk mengalihkannya ke tempat lain kerana berada pada tapak jalan yang dicadangkan.







Oleh: Admin

Related Posts:

0 comments: