Pada 16 Januari lepas, saya dibantu oleh pekerja kebun bersama anaknya dan seorang lagi jiran di kebun malakukan pemeriksaan ukuran sempadan ke atas Tanah Waqaf di Lalasun.
Alhamdulillah pada hari itu cuaca agak cerah, jadi senang untuk kami melakukan kerja mengukur dengan mudah berpandukan Survey Plan dari Jabatan Tanah & Umur Sandakan
Tidak sampai setengah hari kami telah berjaya menemukan semula sempadan dan meletakkan penanda sempadan dengan mengenakan cat warna kuning supaya mudah dilihat.
Selepas tiga hari kemudian ada orang telah memindahkan salah satu penanda sempadan dari tempat asal ke tempat lain.
Lalu pada 21 Januari 2024 kami kembali ke Tanah Waqaf untuk meletakkan semula penanda sempadan ke lokasi asal.
Saya memaklumkan dan berkesan pada penghuni rumah berdekatan penanda sempadan berkenaan supaya memerhatikan agar tidak ada orang mencabutnya atau mengalihkannya ke tempat lain.
0 comments: