02 Januari 2026

Majlis Sambutan Tahun Baru 2026 Di Kg. Keluarga

 


Penduduk Kg. Keluarga bersama En. Alawih Dantalmura dan isteri Puan Amsiah Alam telah menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru 2026.

Majlis berlangsung di Dewan Terbuka Kg. Keluarga, Jalan Lintas Sibuga, Sandakan pada 31 Disember 2025.

Sebenarnya terdahulu objektif utama mengadakan majlis adalah untuk meraihkan para wanita berstatus balu yang tinggal di Kg. Keluarga.

En. Alawih bersama isteri memikirkan supaya program agak lebih meriah maka mereka melibatkan acara pertandingan Karaoke dan Tarian Tradisional Daling-Daling.

Dengan demikian program ini sesuai dilaksanakan pada malam 31 Disember 2025 di ambang menjelangnya Tahun Baru 2026.

Acara bermula jam 8:30 malam hingga 12:00 tengah malam sejurus menyambut ketibaan Tahun 2026.

Pengisian program dimulakan dengan Pertandingan Karaoke dan Tarian Tradisional Daling-Daling.

Pada pertengahan acara pertandingan, diadakan Cabutan Bertuah dan menyampaikan hadiah  dilakukan oleh Puan Amsiah Alam untuk para Balu.


Penerima Cabutan Bertuah No. 1


Penerima Cabutan Bertuah No. 2


Penerima Cabutan Bertuah No. 3


Salah Seorang Penerima Cabutan Bertuah Saguhati


Kemudian selepas pertandingan separuh yang terakhir, diadakan pula Cabutan Bertuah untuk para Ketua Keluarga penduduk kampung 

Dibawah ini adalah sebahagian Ketua Keluarga yang berjaya mendapat hadiah Cabutan Bertuah 


Penerima Cabutan Bertuah Ketua Keluarga


Penerima Cabutan Bertuah Ketua Keluarga


Berikut adalah pemenang Pertandingan Tarian Tradisional Daling-Daling dengan mendapat hadiah wang tunai daripada pihak Penganjur:


Juara Pertandingan Daling-Daling


Naib Juara Pertandingan Daling-Daling


Tempat Ketiga Pertandingan Daling-Daling


Berikut pula pemenang Pertandingan Karaoke Solo yang juga mendapat hadiah wang tunai daripada pihak Penganjur.


Juara Pertandingan Karaoke


Naib Juara Pertandingan Karaoke


Tempat Ketiga Pertandingan Karaoke


Semua peserta pertandingan Karaoke dan Tarian Tradisional Daling-Daling yang tidak berjaya turut menerima hadiah saguhati daripada pihak Penganjur 

Hampir 130 orang dewasa, remaja dan kanak-kanak hadir berkumpul menyaksikan acara dan memeriahkan program tersebut.

Sementara jamuan pada makan tersebut disediakan masing-masing keluarga isi rumah dikumpulkan untuk hidangan dan sajian bersama.

Ini merupan satu program yang berjaya menarik perhatian penduduk kampung berkumpul sambil menjalin dan mengeratkan silaturahim pada masa sama bergembira bersama menyaksikan pengisian program sempena menyambut Tahun Baru 2026.

Majlis berkenaan bertambah seronok lagi dengan upacara mengejut (surprise) meraihkan sambutan Hari Lahir kepada beberapa orang yang hadir.

Pada jam melepasi 12:00 tengah malam sebahagian belia membakar mercun tanda ketibaan Tahun Baru 2026.

Program ini julung kali dianjurkan, rata-rata yang menghadirinya menyatakan supaya ianya diadakan setiap tahun.


Oleh:  Admin



23 September 2025

Majlis Walimah Lalasun


Hadir menyantuni jemputan seorang rakan baik ke Majlis Walimah anak lelakinya yang bertempat di Kg. Lalasun, Sandakan pada Jumaat 19 September 2025.

Alhamdulillah pengantin lelaki Mohammad Razak Bin Sairullah dengan pasangannya pengantin perempuan Linda Binti Basri telah selamat diijabkabulkan pada sebelah pagi.


Turut hadir bersama saya di Majlis Walimah berkenaan, En. Elcospini Gustaham.

Sungguh pun majlis diperdesaan, namun kelihatan meriah dengan sajian makan dan minum agak sederhana sambil dihiburkan dengan lagu-lagu pengantin.



Oleh:  Admin

30 Julai 2023

Bengkel Pengemaskinian Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional



Bengkel Pengemaskinian Sistem Profil Kampung Peringkat Nasional (SPKPN) telah di adakan selama dua hari bertempat di Ballroom Pavillion Hotel, Sandakan pada 27 & 28 Julai 2023.

Bengkel ini adalah bertujuan untuk program pengemaskinian data maklumat kampung diselaraskan seluruh negara di anjurkan oleh Kementerian Pembangunan Desa dan Wilyah (KPDW).

Program kali ini diselenggara khusus merangkumi tiga daerah iaitu Sandkan, Libaran dan Batu Sapi, di mana lebih dari 100 orang kawasan-kawasan berkenaan Pengerusi JPKK terlibat hadir mengikuti program dua hari berkenaan.

Selain itu beberapa pegawai-pegawai pembangunan masyarakat ketiga-tiga daerah dan pegawai-pegawai petugas dari KPDW menjayakan bengkel berkenaan.

Kampung Keluarga diwakili oleh Pengerusi JPKK, En. Tahir Ahmad Darwis.


Sesi Bengkel dalam Ballroom, Pavillion Hotel


En. Tahir Ahmad Darwis bersama rakan-rakan santai dan rehat


Sesi Bengkel dalam Ballroom Pavillion Hotel


Format Bantian Data Tahun 2023 SPKPN


En. Tahir Ahmad Darwis Peserta Terbaik Bengkel


Oleh: Admin

03 Julai 2018

01 Julai 2018

25 Jun 2018