23 Ogos 2024

Seminar Asas Keusahawanan TEKUN NASIONAL


Seminar Asas Keusahawanan TEKUN National telah di adakan di Sabah Hotel, Sandakan pada Khamis 22 Ogos 2024.

Program anjuran Jabatan Latihan Keusahawanan TEKUN Nasonal berkenaan melibatkan usahawan usahawan TEKUN Sandakan.

Objektif seminar berkenaan antara lain adalah:

  • Membina kesedaran, tanggunjawab dan jatidiri sebagai Usahawan TEKUN.
  • Melatih Usahawan dengan kemahiran kemahiran asas keusahawan yang utama iaitu pemasaran dan pengurusan kewangan.
  • Mewujudkan jaringan dikalangan usahawan bagi menggalakan kerjasama dan perkongsian stratejik dikalangan usahawan.

Ketua Pusat TEKUN Pangsapuri Mawar, Puan Amsiah Alam turut menghadiri seminar berkenaan bersama sembilan sahabat lain dari Pusat yang sama.

Program ini merupakan satu inisiatif signifikan kepada semua usahawan yang hadir bagi meningkatkan kemahiran supaya dapat mengembangkan aktiviti perniagaan.

Pada masa yang sama mereka dapat memupuk kerjasama dengan pembentukan jaringan meluaskan sistem pemasaran dikalangan usahawan.

Matlamat TEKUN Nasional melibatkan semua usahawan TEKUN agar mendapat latihan secara berperingkat.

Seminar seumpama ini akan dianjurkan dari masa kesemasa bertujuan supaya tidak ada usahawan yang tercicir dari memperolehi ilmu dan kemahiran Keusahawanan.













29 Mac 2022

Usaha tingkatkan industri sarang burung walit perlu dipuji


Usaha syarikat AMG Advance Profitable Enterprise, AMG Group dan Persatuan Penternak Sarang Burung Walit Sabah perlu dipuji kerana berjaya melestarikan industri sarang burung walit di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, Dr. Normah Yusop berkata AMG Group telah memiliki kilang pemprosesan ‘Primary Processing Establishment Edible Birdnest Raw–Unclean’ (PPE RBN RUC).

Katanya, syarikat itu juga mempunyai kelayakan sijil kilang lesen mengeksport sarang ke negara China yang akan materialise dalam masa terdekat ini.

“Kilang Pemprosesan Sarang Burung AMG di Sandakan juga turut mendapat ‘Good Veterinary Hygiene Practuce’ (GVHP).

“Selain itu, syarikat ini dalam proses menaik taraf ke persijilan Veterinary Health Mark (VHM) setaraf dengan ‘Hazard Analysis Critical Control Point’ (HACCP) bagi persiapan sebarang keperluan semasa eksport dan import industri sarang burung,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Pelancaran Pengembangan Projek Kumpulan AMG Sempena Ulangtahun Syarikat AMG ke-10 di sini kelmarin.

Normah berkata kilang PPE ini mendapat kerjasama daripada Persatuan Penternak Sarang Burung Walit Sabah dan pihak marketing syarikat AMG Group (Malaysia-China).

“Hubungan itu dapat membentuk kerjasama yang mantap serta perkongsian teknologi dan maklumat pemasaran sesama pengusaha bumiputra.

“Ia sekaligus dapat mengatasi cabaran dan kekangan industri semasa ke arah menerajui pasaran global produk sarang burung walit terutamanya dalam kalangan pengusaha bumiputera,” katanya.

Dari segi kualiti sarang burung walit di Sabah, Normah menjelaskan pihaknya mempunyai Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (MYGAP) serta VHM

“Skim itu sentiasa membuat program persampelan dari semasa ke semasa bagi memastikan ia mempunyai ‘science based evidicent’ jika diperlukan oleh mana-mana pihak.

“Ini selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh MYGAP kerana kita memastikan parameter sekitar rumah burung walit dipasang pagar bagi memastikan ada biosecurity bagi mengelakkan sebarang penyakit seperti selesema burung,” katanya.

Menurutnya, setakat ini tidak ada lagi kes selesema burung dilaporkan kerana ciri-ciri burung walit ini tidak memakan serangga yang berada di tanah.

Turut hadir, Penolong Pengarah Kanan DVS Wilayah Sandakan Dr. Debra George Epun @ Nurhidayah; Pengarah Project Financing AMG Advance Resources Datuk Seri Kit Lim dan Perunding Atasan & Kumpulan Pemasaran Sistem Bangunan Bersepadu Teknologi ICF Koto Asia International Sdn Bhd Datuk Mohd Azmi Dato Sri Haji Abdul Karim.


Sumder: Utusan Borneo Sabah


13 Januari 2020