Seminar Asas Keusahawanan TEKUN National telah di adakan di Sabah Hotel, Sandakan pada Khamis 22 Ogos 2024.
Program anjuran Jabatan Latihan Keusahawanan TEKUN Nasonal berkenaan melibatkan usahawan usahawan TEKUN Sandakan.
Objektif seminar berkenaan antara lain adalah:
- Membina kesedaran, tanggunjawab dan jatidiri sebagai Usahawan TEKUN.
- Melatih Usahawan dengan kemahiran kemahiran asas keusahawan yang utama iaitu pemasaran dan pengurusan kewangan.
- Mewujudkan jaringan dikalangan usahawan bagi menggalakan kerjasama dan perkongsian stratejik dikalangan usahawan.
Ketua Pusat TEKUN Pangsapuri Mawar, Puan Amsiah Alam turut menghadiri seminar berkenaan bersama sembilan sahabat lain dari Pusat yang sama.
Program ini merupakan satu inisiatif signifikan kepada semua usahawan yang hadir bagi meningkatkan kemahiran supaya dapat mengembangkan aktiviti perniagaan.
Pada masa yang sama mereka dapat memupuk kerjasama dengan pembentukan jaringan meluaskan sistem pemasaran dikalangan usahawan.
Matlamat TEKUN Nasional melibatkan semua usahawan TEKUN agar mendapat latihan secara berperingkat.
Seminar seumpama ini akan dianjurkan dari masa kesemasa bertujuan supaya tidak ada usahawan yang tercicir dari memperolehi ilmu dan kemahiran Keusahawanan.
0 comments: