05 Ogos 2024

Program Perjumpaan & Mesyuarat Generasi Taha



Keluarga Generasi Taha telah mengadakan Perjumpaan dan Mesyuarat pada Ahad 4 Ogos 2024 bertempat di Rumah kediaman Puan Salma Dantalmura, Taman Mega Jaya, Batu 7, Sandakan.

Seramai 35 ahli keluarga Generasi Taha hadir menjayakan majlis berkenaan yang bermula jam 2:00 petang.

Objektif utama keluarga besar ini menganjurkan pertemuan adalah membentuk perpaduan silatur rahim yang telah lama terjalin sejak hampir 50 tahun.

Mereka semua sepakat Generasi Taha diwujudkan dan akan diteruskan secara formal bagi meneruskan agenda kemesyarakatan, kebudayaan dan kebajikan khusus para ahli keluarga.

Keluarga ini dianggarkan seramai 250 orang bermastautin di Sandakan tidak termasuk yang berada di lain-lain Daerah.

Usaha gigih mengenalpasti kebaradaan ahli keluarga ini seperti di Kota Kinabalu, Lahad Datu, Kunak, Semporna, Tawau dan Semenanjung Malaysia dilaksanakan dalam masa terdekat.

Keluarga Generasi Taha merupakan masyarakat pertama yang meneroka Kampung Keluarga, Sandakan pada tahun 1974.

Sehingga ke hari ini, keturunun Generasi Taha telah berkenbang dianggarkan melebihi 300 orang.


Oleh:  Admin


17 Februari 2024

Majlis Pernikahan Rashmilie Jamlie & Mohd Irwan Shah Rosman

Juru Nikah sampaikan Khutba Nikah di hadapan mempelai lelaki

Menyantuni jemputan Majlis Pernikahan yang berlansung di Masjid Wasatiyah, Batu Sapi, Sandakan pada Jumaat 16 Februari 2024.

Majlis Akad Nikah bermula jam 2:00 petang antara Mohd Irwan Shah dan pasangannya Rashmilie Jamlie diawali bacaan Khutba Nikah berjalan lancar dengan sekali lafaz bermaharkan seutas rantai emas.

Lebih dari 100 orang tetamu yang hadir terdiri dari kerabat kedua belah pihak menyaksikan Majlis Pernikahan berkenaan.

Juru Nikah menjelaskan perihak wali kepada Ayahanda mempelai perempuan

Ayahanda mempelai perempuan mewakilkan Juru Nikah untuk menikahkan anaknya

Sesi akad nikah

Mempelai lelaki menanda tangan selepas selesai sesi nikah

Mempelai perempuan disamping bondanya


28 Januari 2024

Majlis Cukur Jambul @ Akikah



Hari ini saya bersama rakan-rakan En. Elcospini Gustaham, Lajakaya Musa, En. Jamran Manahing & isteri menyantuni jemputan En. Kasim Sarabi Majlis Cukur Jambul @ Akikah cucunya Aleena-Sofea binti Alhamad bertempat di Batu 10, Sandakan.

Acara Cukur Jambul Bermuda awal sebelum jam 8:00 pagi kemudian selesai acara Majlis disusuli dengan sajiab jamuan minum dan Makan para tetamu yang hadir.

Pada majlis berkenaan turut hadir otai-otai kumpulan usahawan kereta penambang dari Batu 8.

Kami beredar awal selepas sahaja nikmati santapan jamuan makanan disediakan Oleh Tuan Rumah Majlis, kerana meneruskan tugasan ke Lalasun.


Sebahagian tetamu nikmatu minuman & juada

Kumpulan penghibur para tetamu

Sebahagian dari tetamu saksikan hiburan

Kami sedang nikmati jamuan makan

Oleh: Admin

13 September 2023

Sarapan Pagi bersama Datuk Nahalan di Plantation Cafe, Sabah Hotel

 



Anak kami Nutahiah menaja penginapan di Sabah Hotel bersempena hari kelahiran saya pada 10 September 2023.

Saya bersama isteri mendaftar masuk di Sabah Hotel jam 2:30 petang 9 September untuk menginap satu malam.

Keesokan harinya 10 September jam 8:00 pagi saya bersama isteri turun untuk nikmati Sarapan Pagi di Plantation Cafe, Sabah Hotel.

Kemudian setiba di kaunter restoran kami ternampak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan Sekong, Datuk Nahalan dan Isteri duduk di meja hadapan.

Terlalu lama kami tidak berjumpa, lalu kami menujuu ke tempat duduk mereka selepas mengambil hidangan sarapan.

Sambil kami menjamu selera, Alhamdulillah pada masa sama ambil kesempatan sembang banyak perkara agak lama.




06 Jun 2022

Perjumpaan Keluarga Di Taman Mega Jaya




Program perjumpaan keluarga julungkali diadakan yang dianjurkan oleh Puan Salma Hj. Dantalmura pada Sabtu 04 Jun 2022 bertempat di rumah kediaman beliau Taman Mega Jaya, Batu 7 Jalan Labuk Sandakan. 

Objektif utama perjumpaan ini adalah bagi mengumpul semua ahli sanak saudara waris dari sebelah ayah Puan Salma, supaya sentiasa berhubung dan mengeratkan tali silatur rahim kalangan mereka.

Kepentingan selain daripada itu adalah mengumpulkan anak-anak dan cucu-cucu agar dapat mengenali antara satu sama lain.

Pada program pertama kali ini, memaklumkan kepada semua ahli keluarga yang telah hadir di mana tujuan perjumpaan adalah menjadi langkah sulung untuk memanjangkan info kepada mana-mana ahli keluarga yang tidak berkesempatan hadir.

Antaranya menggunakan media perhubungan whatsapp bagi pemberitahuan info berkaitan program-program komuniti keluarga dari masa ke semasa.

Pada perjumpaan berkenaan, En. Alawih Hj. Dantalmura dalam ucapan alu-aluan memaklumkan kepada tetamu rancangan untuk mengadakan Program Perjumpaan Keluarga besar-besaran pada tahun hadapan bersempena sambutan perayaan Idul Fitri.

Semua ahli keluarga yang hadir sebulat suara menyatakan kesepakatan di atas program berkenaan dan akan dibincang dalam masa terdekat.

Hadir pada program tersebut adalah keluarga dari: Kg. Bokara, Kg. Cenderamata, Tanah Merah dan Batu 8.













Oleh: Admin

14 Februari 2022

Kembara ke Kota Kinabalu



12 Februar 2022 - Anak kami yang belajar di UNIKL balik bercuti dan ajak kami jalan-jalan ke Kundasang dan Kota Kinabalu. Kami kembara menggunakan kenderaan sendiri bertolak sekitar jam 11:00 pagi dari Sandakan.

Singga sebentar di Kedai Roti Mee Ngar Batu 8, anak-anak nak beli bekalan alas perut semasa perjalanan dianggarkan selama 8 jam.

Terdahulu saya call rakan tinggal di Kundasang yang kerap datang ke Sandakan, saya bertanyakan keadaan jalan raya kerana dia lebih mengetahui dan arif tentang keadaan jalanraya Sandakan - Kota Kinabalu.

"Jalan dari Simpang Beluran ke Telupid banyak lopak-lopak, kamu pandu kereta perlahan-lahan dan berjaga-jaga elak lubang sepanjang jalan tuan, banyak jalan rosak bermula dari Simpang Beluran ke Telupid" Katanya dalam telekomunikasi.

"Nanti kamu singga rumah saya di Kundasang tuan." Ujarnya mengajak kami untuk singga di rumahnya.

Memang benar, saya pandu kenderaan bermula dari Simpang Beluran ke Telupid ada sebahagian jalan tidak rata kerana banyak lubang-lubang.

Kami singga rehat dan minum di Kedai Kopi Forest berhadapan dengan Kilang Sawit di Berkat Setia.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Ranau dan anak-anak ajak untuk singga sebentar di Tagal Ikan Sg. Moroli, Ranau.

Perjalanan dari Tampias ke Ranau hujan mula turun dan driving diperlahankan banyak lori bergerak selain mengelak lubang-lubang di jalanraya.

Sesampai kami di lokasi Tagal Ikan, tutup untuk kehadiran tetamu. Kata penjaga di bahagian pendaftaran, kalau hujan kawasan itu ditutup untuk pengunjung.

Kami bercadang, balik dari Kota Kinabalu barulah singga di sini dan harap-harap cuaca cerah supaya dapat nikmati kehadiran banyak ikan.

Kemudian kami lanjut perjalanan dan singga rehat sebentar di Ranau.

Dari Ranau menuju Kota Kinabalu hujan belum berhenti turun sepanjang perjalanan, kami gerak perlahan-lahan dan berhati-hati.

Kami tiba di bandaraya Kota Kinabalu jam 7:30 malam terus cari hotel tempat kami biasa menginap City Inn, ia tidak wujud lagi, boleh jadi kesan dari PKP menyebabkan hotel berkenaan ditutup.

Ada hotel di tempat yang sama namanya Signature Inn. Saya tanya pekerjanya.

"Di mana hotel City Inn..?"

"Hotel ini sudah bertukar taukeh dan diberikan nama SIGNATURE INN." Katanya menjelaskan kepada kami.

"Oohhh ya kah! Tak apa kami menginaplah di inilah." Kami menempah dua bilik untuk dua malam di hotel berkenaan.

Kami pun menginap dan berihat sebentar sebelum keluar makan malam....

Admin