14 Februari 2022

Kembara ke Kota Kinabalu




12 Februar 2022 - Anak kami yang belajar di UNIKL balik bercuti dan ajak kami jalan-jalan ke Kundasang dan Kota Kinabalu. Kami kembara menggunakan kenderaan sendiri bertolak sekitar jam 11:00 pagi dari Sandakan.

Singga sebentar di Kedai Roti Mee Ngar Batu 8, anak-anak nak beli bekalan alas perut semasa perjalanan dianggarkan selama 8 jam.

Terdahulu saya call rakan tinggal di Kundasang yang kerap datang ke Sandakan, saya bertanyakan keadaan jalan raya kerana dia lebih mengetahui dan arif tentang keadaan jalanraya Sandakan - Kota Kinabalu.

"Jalan dari Simpang Beluran ke Telupid banyak lopak-lopak, kamu pandu kereta perlahan-lahan dan berjaga-jaga elak lubang sepanjang jalan tuan, banyak jalan rosak bermula dari Simpang Beluran ke Telupid" Katanya dalam telekomunikasi.

"Nanti kamu singga rumah saya di Kundasang tuan." Ujarnya mengajak kami untuk singga di rumahnya.

Memang benar, saya pandu kenderaan bermula dari Simpang Beluran ke Telupid ada sebahagian jalan tidak rata kerana banyak lubang-lubang.

Kami singga rehat dan minum di Kedai Kopi Forest berhadapan dengan Kilang Sawit di Berkat Setia.

Selepas itu kami meneruskan perjalanan ke Ranau dan anak-anak ajak untuk singga sebentar di Tagal Ikan Sg. Moroli, Ranau.

Perjalanan dari Tampias ke Ranau hujan mula turun dan driving diperlahankan banyak lori bergerak selain mengelak lubang-lubang di jalanraya.

Sesampai kami di lokasi Tagal Ikan, tutup untuk kehadiran tetamu. Kata penjaga di bahagian pendaftaran, kalau hujan kawasan itu ditutup untuk pengunjung.

Kami bercadang, balik dari Kota Kinabalu barulah singga di sini dan harap-harap cuaca cerah supaya dapat nikmati kehadiran banyak ikan.

Kemudian kami lanjut perjalanan dan singga rehat sebentar di Ranau.

Dari Ranau menuju Kota Kinabalu hujan belum berhenti turun sepanjang perjalanan, kami gerak perlahan-lahan dan berhati-hati.

Kami tiba di bandaraya Kota Kinabalu jam 7:30 malam terus cari hotel tempat kami biasa menginap City Inn, ia tidak wujud lagi, boleh jadi kesan dari PKP menyebabkan hotel berkenaan ditutup.

Ada hotel di tempat yang sama namanya Signature Inn. Saya tanya pekerjanya.

"Di mana hotel City Inn..?"

"Hotel ini sudah bertukar taukeh dan diberikan nama SIGNATURE INN." Katanya menjelaskan kepada kami.

"Oohhh ya kah! Tak apa kami menginaplah di inilah." Kami menempah dua bilik untuk dua malam di hotel berkenaan.

Kami pun menginap dan berihat sebentar sebelum keluar makan malam....

Admin


0 comments: