Program perjumpaan keluarga julungkali diadakan yang dianjurkan oleh Puan Salma Hj. Dantalmura pada Sabtu 04 Jun 2022 bertempat di rumah kediaman beliau Taman Mega Jaya, Batu 7 Jalan Labuk Sandakan.
Objektif utama perjumpaan ini adalah bagi mengumpul semua ahli sanak saudara waris dari sebelah ayah Puan Salma, supaya sentiasa berhubung dan mengeratkan tali silatur rahim kalangan mereka.
Kepentingan selain daripada itu adalah mengumpulkan anak-anak dan cucu-cucu agar dapat mengenali antara satu sama lain.
Pada program pertama kali ini, memaklumkan kepada semua ahli keluarga yang telah hadir di mana tujuan perjumpaan adalah menjadi langkah sulung untuk memanjangkan info kepada mana-mana ahli keluarga yang tidak berkesempatan hadir.
Antaranya menggunakan media perhubungan whatsapp bagi pemberitahuan info berkaitan program-program komuniti keluarga dari masa ke semasa.
Pada perjumpaan berkenaan, En. Alawih Hj. Dantalmura dalam ucapan alu-aluan memaklumkan kepada tetamu rancangan untuk mengadakan Program Perjumpaan Keluarga besar-besaran pada tahun hadapan bersempena sambutan perayaan Idul Fitri.
Semua ahli keluarga yang hadir sebulat suara menyatakan kesepakatan di atas program berkenaan dan akan dibincang dalam masa terdekat.
Hadir pada program tersebut adalah keluarga dari: Kg. Bokara, Kg. Cenderamata, Tanah Merah dan Batu 8.
0 comments: