Anak kami Nutahiah menaja penginapan di Sabah Hotel bersempena hari kelahiran saya pada 10 September 2023.
Saya bersama isteri mendaftar masuk di Sabah Hotel jam 2:30 petang 9 September untuk menginap satu malam.
Keesokan harinya 10 September jam 8:00 pagi saya bersama isteri turun untuk nikmati Sarapan Pagi di Plantation Cafe, Sabah Hotel.
Kemudian setiba di kaunter restoran kami ternampak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah Kawasan Sekong, Datuk Nahalan dan Isteri duduk di meja hadapan.
Terlalu lama kami tidak berjumpa, lalu kami menujuu ke tempat duduk mereka selepas mengambil hidangan sarapan.
Sambil kami menjamu selera, Alhamdulillah pada masa sama ambil kesempatan sembang banyak perkara agak lama.
0 comments: