01 November 2021

BAJET 2022: DISKAUN PTPTN BERMULA 1 NOV INI HINGGA 30 APRIL 2022


Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bermula 1 Nov ini hingga 30 April 2022.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia meliputi diskaun sebanyak 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman serta diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran.

Beliau berkata diskaun 10 peratus pula diberikan untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

Bagi memastikan proses pengajian pelajar B40 terus terpelihara, Tengku Zafrul berkata kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi terpilih akan melaksanakan inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia bagi membekalkan sebuah tablet kepada setiap pelajar di institusi pengajian tinggi.

“Bagi tujuan ini, kerajaan akan menyediakan peruntukan RM450 juta di samping komitmen syarikat telekomunikasi yang turut menyumbang kira-kira RM65 juta. Insya-Allah, 600,000 siswa siswi daripada keluarga B40 bakal menerima manfaat daripada inisiatif ini,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Tengku Zafrul juga berkata peruntukan tambahan RM200 juta disediakan untuk program usaha sama dengan industri termasuk Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industri.

Beliau berkata dalam Rancangan Malaysia ke-12, kerajaan telah mengenal pasti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai antara pemacu perubahan bagi memenuhi permintaan pekerja oleh industri.

“Bagi memperkasa TVET, kerajaan menyediakan RM6.6 bilion untuk melaksana pelbagai inisiatif di bawah kementerian dan agensi berkaitan. Tumpuan diberikan kepada usaha memenuhi keperluan industri semasa,” katanya.

Menurut Tengku Zafrul, Kementerian Pengajian Tinggi diperuntuk RM14.5 bilion dalam Bajet 2022.


Sumber: Borbeo Today


02 Julai 2021

Sedia beri bantuan BUDI kepada calon STPM yang lulus untuk melanjutkan pelajaran : Arifin



Seramai 72 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2020 daripada 7,409 calon di Sabah berjaya mendapat purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.0 berbanding tahun lepas (2019) iaitu seramai 51 orang.

Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Arifin Arif (gambar) berkata, pencapaian peratus lulus STPM 2020 negeri meningkat sebanyak 0.07 peratus iaitu 98.93 peratus pada tahun 2020 berbanding 98.86 peratus pada tahun 2019.

“Daripada jumlah keseluruhan yang mengikuti peperiksaan STPM 2020, seramai 7,330 calon lulus penuh yang bersamaan dengan 98.93 peratus, berbanding 98.86 peratus pada tahun 2019, " katanya.

Tambah Arifin, dari segi pencapaian sekolah pula, sebanyak 58 daripada 98 buah sekolah mencapai kelulusan 100 peratus pada tahun 2020.

Jelasnya, walaupun berdepan dengan cabaran akibat wabak pandemik COVID-19, namun hasil usaha gigih warga pendidik dalam menyediakan modul pembelajaran dan latihan nyata telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media yang diadakan di pejabatnya selepas mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Datuk Dr.Mistirine Radin dan rombongan mengenai Keputusan Peperiksaan STPM 2020.

Dalam perkembangan berkaitan, Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut memberitahu, pelajar yang mendapat keputusan lulus akan menerima Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) sebanyak RM2,000 secara one-off.

Jelasnya, mereka yang bakal melanjutkan pelajaran ke IPT awam atau swasta tahun 2021 untuk kemasukan kali pertama IPT di seluruh Malaysia layak menerima bantuan BUDI daripada kerajaan negeri yang dikhususkan untuk anak Sabah.


Sumber:  Utusan Borneo Sabah

14 Mac 2020

21 Februari 2013

28 Disember 2012

Guru Tempatan Malaysia Mampu Ajar Bahasa Inggeris

Baru-baru ini kita telah dikhabarkan tentang pengambilan tenaga pengajar khusus untuk bahasa Inggeris daripada negara India.

Ada persoalan, mengapa harus mengambil tenaga pengajar dari India, apakah kelebihan India jika dibanding dengan Malaysia, apakah sudah tidak ada lagi rakyat Malaysia yang ada kebolehan sebagai tenaga pengajar untuk bahasa Inggeris...?

24 Disember 2012