Barisan Para Pelajar Tingkatan 6 Atas Sedang Baca Ikrar Akujanji
Saya telah menghadiri satu program khas iaitu Program Penetapan Tatget & Akujanji Tingkatan 6 STPM anjuran Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 (SMK Elop2) pada 12 Mac 2020 bertempat di Dewan Terbuka sekolah berkenaan.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Guru Besar SMK Elop2, Encik Tan Ping Seng. Pihak penganjur telah memberikan tema program berkenaan iaitu "ILTIZAM KE MENARA GADING".
Semua ibu/bapa yang ada anak belajar di Tingkatan 6 Atas SMK Elop2 adalah diwajibkan hadir bagi memenuhi jemputan ke program berkenaan.
Selepas acara nyanyian lagu Negaraku, Sabah Tanah Airku dan lagu SMK Elop2 dan ucapan alu-aluan dari pihak penganjur, program dimulakan dengan Taklimat Khusus berkenan sistem pemerkahan peperiksaan STPM oleh Encik Amir Bukhari.
Boleh rujuk pada gambar nombor 3 di bawah untuk mengetahui sistem pemerkahan terkini untuk ujian STPM oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Taklimat tersebut menjelaskan dan menerangkan supaya para ibu/bapa dan pelajar Tingkatn 6 Atas SMK Elop2 lebih kefahaman tentang pemerkahan terkini oleh KPM.
Encik Amir Bukhari berkata. "SMK Elop2 merupakan sekolah yang tersenarai terbaik dalam 10 sekolah di seluruh Sabah dalam keputusan peperiksaan STPM selama 4 tahun sejak enam tahun sistem baharu STPM diwujudkan."
Saya telah difahamkan pada tahun lepas sahaja 2019, SMK Elop2 berjaya memperolehi 100% lulus ujian akhir STPM.
Sementara dalam ucapan perasmian oleh Guru Besar pula menceritakan pengalamannya di mana keterlibatan ibu/bapa adalah sangat penting untuk kemajuan anak-anaknya belajar sehingga berjaya ke Menara Gading.
Bachdrop Program Di Pentas Dewan Terbuka SMK Elop2
Pengetua Sedang Menyampaikan Ucapan Perasmian
Maklumat Sistem Pemerkahan Ujian Tingkatan 6
Para Pelajar Perempuan Tingkatan 6 Atas
Para Pelajar Lelaki Tingkatan 6 Atas
Admin Dalam Kelas Tingkatan 6 Atas Satu
Sempat Tangkap Gambar Kata Motivasi di SMK Elop2
Surau di SMK Elop2
Susunan Oleh: Admin
0 comments: