24 Disember 2012

Program kemahiran jangka pendek untuk belia negeri Sabah


Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan melakukan penambahan 12 lagi program jangka pendek dalam pelbagai bidang kemahiran untuk dilaksanakan dalam beberapa daerah di negeri Sabah.

Menterinya, Datuk Pang En Yin berkata, keputusan itu dibuat berikutan sambutan yang menggalakkan golongan belia yang ingin menyertai program kemahiran dan keusahawanan berkenaan.

Katanya, pada tahun ini sahaja, Kementerian Belia dan Sukan Sabah melalui Unit Kemahiran dan Keusahawanan Bahagian Pembangunan Belia menganjurkan 28 program di negeri Sabah, yang memberi manafaak kepada 548 belia.

Ketika berucap merasmikan Penutupan Program Kursus Aneka Masakan dan Membuat Bun, Kek serta Pastri yang telah disertai oleh seramai 49 belia di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Sandakan pada hari kelmarin.  " Atas permintaan majoriti belia, saya telah meluluskan penambahan program seumpama ini dan dua daripadanya dikhaskan untuk melatih belia di kawasan Karamunting dan Sibuga. "

Beliau berkata kerajaan mahu belia terus diberi perhatian, khusus mereka yang berada di kawasan luar bandar yang tidak bernasib baik untuk melanjutkan pelajaran akademik mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Mana-mana belia tempatan yang ingin menyertai program dan kursus kemahiran dan keusahawanan anjuran Kementerian Belia dan sukan boleh menghubungi Pejabat Belia dan Sukan, Sandakan.

Sumber: New Sabah Times



Related Posts:

0 comments: