28 Disember 2012

Guru Tempatan Malaysia Mampu Ajar Bahasa Inggeris


Baru-baru ini kita telah dikhabarkan tentang pengambilan tenaga pengajar khusus untuk bahasa Inggeris daripada negara India.

Ada persoalan, mengapa harus mengambil tenaga pengajar dari India, apakah kelebihan India jika dibanding dengan Malaysia, apakah sudah tidak ada lagi rakyat Malaysia yang ada kebolehan sebagai tenaga pengajar untuk bahasa Inggeris...?

Mengapa! Kita tidak yakin dengan pepatah  " Belakang parang diasa masakan tajam. "

Laungan  " Malaysia Boleh. "

Seolah-olah kita sengaja merendah-rendahkan kemampuan rakyat Malaysia.

Sejak saya belajar di bangku sekolah sehingga ke hari ini saya perhatikan ramai rakyat Malaysia yang mampu berbahasa Inggeris. Sewaktu saya bekerja di Kota Kinabalu suatu ketika dahulu, saya sering mendengar pegawai-pegawai samada awam dan swasta mengungkapkan bahasa Inggeris, sehingga saya sendiripun terpaksa mengikuti rentak mereka bercakap menggunakan bahasa itu.

Mungkin kerana kita tidak dapat melihat adanya institusi yang boleh melatih meningkatkan kualiti bahasa Inggeris untuk guru-guru kita di negara ini. Di Sandakan sahaja, ada sebuah kelab yang dinamakan Sandakan Toastmasters Club, kelab ini mengendalikan latihan mesyuarat 100% dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri menyaksikan kepetahan dan kemahiran ahli-ahlinya berbahasa Inggeris.

Suka saya maklumkan bahawa Toasmasters International yang telah mewujudkan lebih 13,500 kelab seluruh dunia termasuk Malaysia adalah institusi pembelajaran menyediakan peluang kepada sesiapa sahaja untuk melatih diri memperbaiki komunikasi yang berkualiti dan berkesan.

Program pendidikan merupakan nadi utama setiap Kelab Toastmasters. Ia menyediakan ahli dengan kakuatan kurikulum bagi memperbaiki dan meningkatkan mutu komunikasi dan pada masa yang sama kemahiran kepimpinan. Ia memberikan banyak peluang anugrah dan pengiktirafan selama berada mengikuti program.

Bidang kominikasi dan kepimpinan tidak saling menjadi ekslusif, malah setiap ahli berpeluang mempelajari keduanya pada masa yang sama. Ini bermakna setiap ahli akan terlatih dari segi kemahiran komunikasi dan kemahiran kepemimpinan di dalam Kelab Toastmasters.  

Saya berpendapat ada baiknya mewujudkan kelab Toastmasters di sekolah, kolej dan universiti, melibatkan guru-guru menyertai program Toastmasters. Dengan cara ini kita tidak lagi bersusa payah mengimpot dari luar negara, kita hanya perlu melatih memahirkan komunikasi bahasa Inggeris guru-guru sekolah.

Di dalam program latihan Toastmasters, kita belajar meperbetulkan; grammar, pronunciation, public speaking termasuk melatih menjadi individu yang confidence.

Hanya dengan pelaburan RM20.00 yuran keahlian setiap bulan, guru-guru pasti akan mendapat pulangan dengan kemahiran komunikasi bahasa inggeris yang berkualiti dan berkesan. Akhirnya mereka mampu mengajar murid-murid sekolah dengan baik dan pada masa sama boleh melahirkan pelajar-pelajar yang mahir mengutarakan bahasa Inggeris.Toastmasters where leaders are made.


Sumber: Admin


Related Posts:

0 comments: