Menarik mereka ke taman kebunanda boleh meningkatkan kesihatan tumbuhan dan mewujudkan persekitaran pertumbuhan yang lebih subur dan mampan.
Berikut adalah empat cara berkesan untuk menggalakkan cacing tanah supaya boleh berkembang maju di dalam tanah kebun anda
Cacing tanah memerlukan kelembapan untuk terus hidup, kerana mereka bernafas melalui kulit mereka. Tanah yang kering boleh menjejaskannya, jadi mengekalkan tahap kelembapan yang konsisten adalah kunci utama.
- Siram taman anda dengan kerap tetapi elakkan genangan air.
- Gunakan sungkupan untuk mengekalkan kelembapan tanah dan menyediakan persekitaran yang sejuk untuk cacing.
Cacing hidup subur di tanah yang kaya dengan bahan organik yang mereput. Ini menyediakan makanan dan menggalakkan mereka untuk tinggal dan membiak di situ.
- Gunakan kompos, baja tua, atau daun yang dicincang untuk memperkayakan nutrien dalsn tanah.
- Elakkan baja sintetik dan racun perosak, kerana ia boleh membahayakan cacing tanah.
Pengolahan yang kerap boleh mengganggu terowong cacing tanah dan membahayakan populasinya.
Sebaliknya, pilih kaedah gangguan secara minimum.
- Amalkan agar tidak menggali atau berkebun agak rendah.
- Gunakan sungkupan atau kompos di atas tanah daripada sentiasa membongkar/memusingnya.
Cacing tanah lebih suka pH tanah neutral kepada sedikit berasid, psling ideal adalah antara 6.0 dan 7.5.
- Uji pH tanah anda dan ubahnya dengan kapur (untuk menaikkan pH) atau sulfur (untuk menurunkan pH) mengikut keperluan.
- Elakkan menggunakan terlalu banyak baja berasid, seperti baja berasaskan ammonium.
Dengan menyediakan kelembapan, bahan organik, gangguan minimum dan pH tanah yang seimbang, anda boleh mencipta habitat yang sempurna untuk cacing tanah di kawasan tanah kebun anda
Pekerja kecil ini akan membantu meningkatkan kesuburan tanah, meningkatkan pertumbuhan tanaman dan mencipta taman yang lebih sihat secara semula jadi.
Mulai melaksanakan langkah mudah ini hari ini dan lihat keadaan kebun anda subur menghijau dan tumbuh berkembang!
Pertanian Adalah Perniagaan Sepanjang Zaman
0 comments: