Datuk Samsudin Yahya tiba di Dewan Sri Libaran
" Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara "
Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Yang Berhormat Datuk Haji Samsudin Yahya hadir ke Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1439 Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Sri Libaran pada Jumaat.
" Masyarakt yang berpecah dan berselisih faham akan menjadi leamh, ia akan memberikan ruang kepada musuh dari luar dan musuh dari dalam untuk memporak-perandakan kestabilan politik, ekonomi dan sosial. "
Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Juhar Datuk Haji Mahiruddin berkata demikian dalam ucapan perutusanya melancarkan Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Sabah di sini.
Katanya lagi sebagai mengelak perpecahan dan kelemahan adalah asas persamaan dalam masyarakat pelbagai kaum dalam semua konteks termasuk; sosial, kemanusiaan, sistem nilai dan keyakinan masyarakat perlu dipeliharan dan dihormati.
“Tindakan untuk menemukan titik persamaan di antara masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya dapat menghimpunkan kesedaran dan keinsafan bahawa kehidupan ini perlu sederhana dalam cara berfikir dan bertindak.
“Ini kerana apa yang menjadi matlamat kehidupan untuk semua ialah keadaan yang aman damai dan sejahtera,” katanya.
Tegasnya, umat Islam bersedia melakukan perubahan dan pembetulan menerusi revolusi mental, mencipta paradigma, budaya politik dan pendekatan pembinaan negara Islamik berteraskan al-Quran dan sunnah.
Terdahulu Tan Sri Datuk Seri Musa Haji Aman dalam ucapan alu-aluannya berkata, rakyat tidak seharusnya lalai dan leka dengan nikmat kemajuan, keamanan, kemakmuran, kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan keharmonian yang dikecapi ketika ini.
Beliau mengingatkan umat Islam supaya menghayati semangat dan pengertian hijrah yang sebenar, berusaha dengan lebih gigih dan komited dalam menjayakan agenda pembangunan serta pertumbuhan negeri.

“Semua ini dapat kita nikmati dengan adanya semangat perpaduan, kesatuan dan kerjasama, bukan sahaja sesama umat Islam, bahkan antara rakyat berlainan kaum dan agama,” katanya.
Pada majlis itu, bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang pertama, Tan Sri Abdul Hamid Egoh diumumkan Tokoh Maal Hijrah 1439/2017M Sabah.
Bekas Pengurus Padi Beras Nasional Berhad (BERNAS) Sandakan yang juga Pengerusi Persatuan Tindakan Wanita Islam Sabah (PERTIWISA) Sandakan, Kamsiah Ajing pula menerima Anugerah Saiyidatina Khadijah.

Tan Sri Datuk Sri Musa Hj. Aman diiringi def-def kehormat menanti ketibaan
TYT Yang Dipertuan Negeri Sabah
Hadirin memenuhi ruang Dewan Sri Libaran
Para hadirin memenuhi Dewan Sri Libaran
Datuk Samsudin Yahya bersama staf FM Sandakan
Barisan AJK Bahagian UMNO Batu Sapi bersama Datuk Samsudin Yahya
Sebahagian daripada AJK Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi
bersama Datuk Armani Hj. Mahiruddin
Sebahagian daripada AJK Bahagian dan AJK Puteri UMNO Batu Sapi
Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi
AJK Pergerakan Puteri UMNO Batu Sapi
Datin Junaidah bersama AJK Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi
Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi Puan Rahimah Asrah
bersama Ahli Jawatankuasanya
Barisan hadapan def-def kehormat
Sumber: Penenrang UMNO Batu Sapi
0 comments: