Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N. 53 Sekong, Puan Hazulizah Md Dani adakan lawatan program mengagihkan bantuan Kit Bakul Makanan daripada kerajaan negeri di Kg. Keluarga Batu 8 pada Selasa 27 Jun 2021.
Terdaulu beliau yang baru sahaja tiba dari tugasan rasmi di Kota Kinabalu bergegas meneruskan misi agihan bantuan Kit Bakul Makanan kepada kumpulan sasar kalangan ketua isi rumah di Kg. Gas Hujung, Jalan Batu Sapi, Sandakan.
Beliau diiringi CDO N. 53 Sekong Puan Katizah Ebrahim dan disertai beberapa orang sataf dari Unit PPM Sekong mengagih-agihkan bantuan berkenaan.
Di Kg. Keluarga seramai 30 ketua isi rumah B40 yang layak menerima bantuan berkenaan meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Puan Hazulizah Md Dani telah berusaha menyempurnakan agihan bantuan makanan kepada mereka.
0 comments: