20 Jun 2021

Bantuan Bakul Makanan Di Kg. Bambangan - Oleh PPBM Batu Sapi



Ketua Srikandi Bahagian Batu Sapi, Puan Hasma Nurdin dan Ketua Armada Bahagian Batu Sapi En. Rozaizar Rozainie mewakili Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tn. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan kali ini bergerak menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada kumpulan sasar dari kalangan penduduk di Kg Bambangan pada Isnin 19 Jun 2021.

Seperti biasa mereka datang bersama beberapa rombongan/petugas membantu kerja mengagih-agihkan bantuan tersebut kepada golongan yang telah pun dikenalpasti layak menerima bantuan berkenaan. 

Alhamdulillah dengan agihan bantuan tersebut seukurang-kurangnya dapat meringankan beban penerima akibat kesan daripada pelaksanaan kawalan pergerakan.
















0 comments: