12 Jun 2021

Bantuan Bakul Makanan Di Taman Mawar - Oleh PPBM Batu Sapi




Ketua Srikandi Bahagian BERSATU Batu Sapi, Puan Hasma Nurdin dan Ketua Armada BERSATU Bahagian Batu Sapi En. Rozaizar Rozainie mewakili Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Khairul Firdaus Akbar Khan menyampaikan bantuan Bakul Makanan kepada penduduk yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Taman Mawar pada Jumaat.

Kawasan ini telah diletakkan pada status PKPD oleh pihak berkuasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) susulan terdapatnya kesan jangkitan COVID-19 ke atas beberapa individu tinggal di kawasan berkenaan.

Ini menyebabkan penduduk tidak dapat bergerak bebas keluar dari kawasan berkenaan seperti biasa dan hendaklah mengikut SOP yang ditetapkan pihak pemerintah.


















Sumber: Ehasan Srikandi Batu Sapi

0 comments: