Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tuan Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan bersama Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) N. 53 Sekong, Puan Hazulizah Md. Dani melawat mangsa terlibat kebakaran di Kg. Sundang Laut pada Isnin 3 Mei 2021.
Mereka menyampaikan sumbangan keperluan asas dan wang tunai dari kerajaan negeri untuk mangsa-mangsa terlibat kebakaran di Kampung Sundang Laut pada April lepas.
Menurut data laporan, sebanyak 350 mangsa melibatkan 77 keluarga dan 53 buah rumah dalam kebakaran di kampung berkenaan pada pagi Rabu 21 April 2021 sekitar jam 7:50 pagi.
Hadir sama; PPP Sekong, Puan Hazulizah Md Dani, CDO Sekong, Puan Katizah Ebrahim, Timbalan Ketua Bahagian PPBM Batu Sapi, En. Saparuddin Abu, Ketua Srikandi Batu Sapi, Puan Hasma Nurdin, Ketua Armada Batu Sapi, En. Rozaizar Rozainie, Para Pegawai dan staf UPPM Sekong dan beberapa AJK Bahagian PPBM Batu Sapi.
Oleh: Admin - Gambar: Ehsan PPBM Batu Sapi
0 comments: