10 Oktober 2020

Sumbangan Bantuan Bakul Makanan oleh Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi di Tiga Buah Kampung




Ketua Bahagian BERSATU Bahagian Batu Sapi, Tn. Hj. Khairul Firdaus Akbar Khan memberikan sumbangan bantuan Bakul Makanan kepada masyarakat yang layak menerima di Kg. Lupak Meluas Darat, Kg. Sundang Darat dan Kg. Keluarga Batu 8 pada Khamis 8hb Oktober 2020.

Sumbangan berkenaan disempurnakan penyampaiannya oleh Ketua Srikandi Batu Sapi, Puan Hasma Nurdin bersama Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, En. Saparuddin Abu dan Ketua Armada Batu Sapi, En. Rozaizar Rozaini.

Kebetulan program ini bertepatan dengan wabak COVID-19 yang sedang menular di negeri Sabah dan pada esok hari dan Sandakan dikategarikan sebagai Zon Merah diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakkan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) selama 14 hari.

Srikandi dalam facebooknya menyatakan bahawa BERSATU Batu Sapi akan meneruskan sumbangan sedemikian kepada masyarakat yang memerlukan di Kawasan Parlimen Batu Sapi.

Beliau mengharapkan semoga wabak COVID-19 segera pulih dan memberi peluang kepada semua supaya dapat berkerja dan menyara kehidupan harian keluarga.

Turut hadir, bebarpa team AJK Bahagian, AJK Srikandi dan AJK Armada membantu pelaksanaan penyampaian bantuan berkenaan.


























Oleh:  Admin
Gambar:  Ehsan daripada Srikandi Batu Sapi

0 comments: