09 Oktober 2020

Para Pemandu Bus Awam Batu Sapi Mendapat Bantuan Bakul Makanan Dari Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi




Ketua Bahagian Bersatu Batu Sapi, Tn. Hj. Khairul Firdaus Akbar Khan memberikan sumbangan bantuan Bakul Makanan kepada para pemandu bas pegangkutan awam kawasan Batu Sapi pada Khamis bertempat di Pejabat Bahagian BERSATU Batu Sapi, Bandar Laeila, Sandakan.

Sumbangan berkenaan disempurnakan penyampaiannya oleh Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Batu Sap, En. Saparuddin Abu bersama Ketua Armada Batu Sapi, En. Rozaizar Rozaini.

Bantuan ini mengambil kira situasi di mana mereka mendapat arahan daripada Lembaga Perlesenan Kenderaan Pengangkutan (LPKP) supaya tidak beroperasi mengangkut penumpang selama 14 hari disebabkan penularan wabak COVIT-19 sedang melanda negeri Sabah.

Dengan demikian mereka tidak dapat mendapat sumber pendapatan harian untuk menyara keluarga mereka ekoran arahan LPKP yang pada masa sama Daerah Sandakan dikategorikan sebagai Zon Merah dan diletak dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB). 

Pihak BERSATU Batu Sapi berharap agar wabak COVID-19 segera pulih supaya rakyat berpeluang berkerja dan mencari sumber rezeki untuk menyara kehidupan harian keluarga.

Mereka juga akan mengambil iktibar meneruskain sumbangan sedemikian kepada masyarakat kawasan Parlimen Batu Sapi yang benar-benar memerlukan sebab terjejas penularan wabak COVID-19, selain menasihatkan penduduk supaya melaksanakan SOP dipatuhi sebagai memberi kerjasama kepada Pihak Berkuasa membendung penularan Wabak Covid19.

Turut hadir, Petugas Pejabat BERSATU Batu Sapi, AJK Bahagian dan AJK Armada.
















Oleh:  Admin
Gambar:  Ehsan drp Armada Batu Sapi


0 comments: