2. Kemahuan dan aspirasi rakyat terhadap barisan kabinet Sabah amat tinggi dengan harapan segala bentuk dan kebaikan demi agenda masyarakat Sabah dapat di jayakan.
3. Sudah tiba masanya ahli-ahli politik di negeri ini meletakkan kepentingan negeri melebihi daripada segalanya kerana cabaran masa depan lebih mencabar.
4. Kerjasama yg baik dan erat di kalangan pemimpin-pemimpin di bawah Gagasan Rakyat Sabah (GRS) pastinya boleh menjayakan agenda pembangunan negeri Sabah dan kesejahteraan rakyat.
5. Kerajaan GRS juga harus bersikap inklusif demi melancarkan gerak kerja pembangunan negeri Sabah. Kerjasama di antara pihak pembangkang juga harus di perbaiki demi masa depan anak anak Sabah kita, kerana saat ini, agenda utama adalah memulihkan ekonomi Sabah dan kebajikan rakyat Sabah.
6. Akhir sekali, rakyat Sabah sedang memerhati dan menilai sejauh mana pencapaian kerajaan GRS. Marilah kita bersatu di bawah kepimpinan Ketua Menteri kita YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang juga mengetuai pimpinan dalam kabinet negeri Sabah, untuk kelangsungan pembangunan Sabah dan kesejahteraan anak-anak Sabah kita.
Sekian.
Ketua Penerangan BERSATU Sabah
Khairul Firdaus Akhbar Khan
9 Okt 2020
0 comments: