Ketua ARMADA Bahagian Batu Sapi, En. Rozaizar Rozainie menyampaikan sumbangan bantuan Bakul Makanan daripada Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tn. Hj. Khairul Firdaus Akbar Khan pada Isnin bertempat di beberapa buah kampung kawasan Batu Sapi.
Bantuan sumbangan ini adalah untuk keluarga rakan-rakan yang terlibat dalam program kuarantin di rumah dan di Pusat Penempatan Kuarantin di PPR Batu Putih.
Sumbangan ini sedikit sebanayak dapat meringankan beban keluarga mereka yang terkesan dengan wabak COVID-19.
Mereka adala ketua keluarga yang bertanggungjawab mencari sumber rezeki untuk keluarga terpaksa mengalami kesukaran menyara keluarga kerana memberi kerjasama kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjalani proses saringan kesihatan.
BERSATU Bahagian Batu Sapi berharap wabak COVID-19 yang sedang melanda negeri ini segera pulih kembali dan supaya yang terjejas dapat melakukan aktiviti seharian semula demi kelangsungan menjalankan aktiviti sumber rezeki untuk keluarga mereka.

Oleh: Admin
Gambar: Ehsan dari ARMADA Batu Sapi
0 comments: