06 Oktober 2020

Sumbagan Bantuan Bakul Makanan oleh Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi di Kg. Air, Kg. Bokara & Kg. Tabah Baru




Ketua Srikandi Bahagian Batu Sapi, Puan Hasma Nurdin menyempurnakan penyampaian sumbangan bantuan Bakul Makanan pada Selasa 6 Oktober 2020 melibatkan 3 buah Kampung, iaitu Kg. Air, Kg. bokara dan Kg. Tabah Baru.

Bantuan Bakul Makanan ini adalah ehsan daripada Ketua Bahagian BERSATU Batu Sapi, Tn. Hj. Khairul Firdaus Akbar Khan untuk penduduk yang layak menerima.

Bantuan berkenaan dilakukan secara berperingkat kepada masyarakat Batu Sapi khususnya yang terkesan oleh wabah COVID-19 yang sedang menular di negeri kita dan yang berada di bawah paras kemiskinan.

Yang belum mendapat bantuan berkenaan insya-Allah akan diusahakan pada fasa-fasa seterusnya yang dilakukan secara berperingkat. 






























Oleh: Admin
Gambar: Ehsan Srikandi Batu Sapi


0 comments: