29 September 2020

Hajiji Angkat Sumpah Jawatan Ketua Menteri Negeri Sabah Ke-16



Pengerusi BERSATU Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Mohd Noor hari ini mengangkat sumpah jawatan Ketua Menteri negeri Sabah yang ke-16.

Upacara mengangkat sumpah dilakukan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di Kota Kinabalu.

Pelantikan Hajiji sebagai ketua menteri dibuat selepas perbicangan oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang diadakan semalam dan kelmarin.


Sumber: KiniTV

0 comments: