17 Januari 2020

Jentera Srikandi BERSATU ada strategi, gandakan usaha dekati pengund



Jentera Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mempunyai strategi tersendiri untuk menarik sokongan rakyat terutama pengundi wanita dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ini.

Ketua Srikandi BERSATU, Datuk Seri Rina Harun berkata, kira-kira 800 jentera Srikandi telah berkampung di beberapa kawasan dalam Parlimen Kimanis sejak Disember tahun lepas untuk membantu calon daripada Parti Warisan Sabah (WARISAN) yang bertanding dalam PRK Kimanis.

Ketika ditanya mengenai strategi Srikandi, beliau enggan mengulas lebih lanjut mengenai perkara tersebut namun hanya menyatakan akan menggandakan usaha serta menggerakkan jentera Srikandi memandangkan hari pengundian semakin hampir.

"Srikandi BERSATU mempunyai strategi untuk menarik sokongan pengundi di Kimanis. Apa strategi itu, saya tidak boleh komen, tapi apa yang saya boleh katakan adalah kita (Srikandi) akan meningkatkan usaha-usaha demi memastikan calon WARISAN menang dalam PRK Kimanis.

"Lebih 800 jentera Srikandi telah bergerak dari rumah ke rumah tidak kira hujan atau panas, meredah banjir dan melalui sungai demi bertemu dengan pengundi sambil memberi penerangan tentang program-program kerajaan yang sedang dan telah dilaksanakan.

"Saya ucapkan tahniah kepada Srikandi BERSATU Sabah yang dipimpin oleh Ketuanya, Datuk Azizah Mohd Dun atas gerak kerja yang melibatkan jentera Srikandi BERSATU Kimanis dan dari Srikandi BERSATU bahagian lain yang bertungkus lumus dalam PRK Kimanis, " katanya.NOMBOR DUA: Rina bersama Arifin dan Azizah bersorak sambil menunjukkan isyarat 'dua' sempena majlis itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Rina yang juga turut merayu kepada pengundi wanita supaya keluar melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi pada 18 Januari nanti demi masa depan yang lebih baik.

"Kepada wanita-wanita di Kimanis, jangan lupa ajak ahli keluarga yang lain untuk keluar mengundi pada Sabtu nanti. Undilah calon WARISAN bagi memastikan wakil rakyat kita dapat melaksana dan membawa sebarang pembangunan di Kimanis, " katanya ketika ditemui pemberita di Pejabat BERSATU Bahagian Kimanis.

Turut hadir Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut, Datuk Arifin Arif; ADUN Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar dan ADUN Lumadan, Matbali Musah.

Sumber:  UtusanBorneo

0 comments: