Majlis Menghantar Pinangan Ke Kampung Gas
Saya ditemani En. Mohd Taufik telah bertandang menghadiri Majlis Hantar Pinangan bertempat di Kampung Keluarga pada Ahad 19 Januari 2020.
Lelaki bernama Mohd Rafie Bin Indanan adalah anak buah saya menghantar pinangan kepada gadis yang berada di Kampung Gas, Jalan Batu Sapi, Sandakan.
Pada masa sama saya juga ditunjuk oleh ibu lelaki sebagai wakil jurucakap untuk merisik sekalugus menghantar pinangan seorang gadis kesukaannya di Kampung Gas.
Kami berangkat dari Kampung Keluarga tepat jam 1:00 petang untuk menuju ke destinasi yang dituju dan tiba sekitar jam 1:30 petang dengan rombongan dalam sepuluh buah kereta dan sebuah van sewa.
Alhamdulillah rombongan kami disambut dengan baik oleh keluarga perempuan di Kampung Gas Kecil. Rupa-rupanya pacik kepada perempuan itu saya kenal sepupu kepada rakan baik saya En. Mattoto.
Kami juga ditemani oleh anak menantu saya yang kebetulan juga tinggal di Kampung Gas Kecil. Majlis berjalan lancar serta pinangan diterima dan pihak kami tidak dimintakan begitu banyak syarat, cuma tiga perkara sahaja yang diajukan oleh mereka yang mana saya rasa mudah ditunaikan oleh pihak lelaki.
Turut hadir dalam rombongan kami; En. Syed Muhaddum Syed Mohd & Isteri, En. Telly Taha & Isteri, En. Nordin Nuramin & Isteri dan En. Mohd Rafie (lelaki) bersama ibunya.
Susunan Oleh: Admin
0 comments: