IMPIAN! ada apa dengan impian, MATLAMAT! ada apa dengan matlamat.
Hanya mereka yang inginkan kejayaan memiliki impian dan matlamat, sedangkan yang lain hanyalah berharap tanpa melakukan apa-apa.
Di manakah engkau berada..?
Jadilah seperti seekor SINGA, kuasai tanahmu, kuasai dirimu. Setiap insan mempunyai potensi di dalam diri.
Setiap insan mempunyai singa yang masih tidur di dalam dirinya, ayuh bangkit, ayuh kejutkan singamu, jadikan ia senjata untuk membantumu.
Percayalah pada dirimu, keluarkan singa yang ada di dalam dirimu, engkau wujud kerana Tuhan telah memilihmu untuk hidup.
Jadi hiduplah dengan penuh erti dan makna, jangan jadi singa yang tidur, bangun dan mengaumlah dengan sekuat-kuatnya.
Buktikan kepada semua yang engkau bukan yang biasa-biasa, jadilah yang luarbiasa. Jinakkan singa di dalam dirimu, keluarkan dan kejar impianmu.
Berlarilah sepantas angin dan jangan toleh lagi ke belakang. Kegagalan itu adalah sumber kekuatan dan bukan kekalahan.
Jangan gentar menghadapi musuh, jangan gentar menghadapi halangan dan rintangan, musuh terbesar adalah dirimu sendiri. Tundukkan dirimu engkau akan temui kejayaan.
Kejutkan singa yang telah lama tidur, inilah masanya engkau menjadi raja di dalam hidupmu, inilah masanya engkau yang mengatur hidupmu.
Sudah cukup menjadi yang biasa-biasa, sebab engkau itu adalah luarbiasa, engkau itu raja dirimu. Singa yang megah dan tabah, engkau itu insan yang inginkan kejayaan.
Bukuktikan pada mereka yang engkau juga mampu meraih kejayaan.
Buktikan pada mereka yang engkau itu seekor singa yang kuat.
Buktikan pada mereka, yang engkau juga mampu melakukan.
Dan buktikan pada mereka engkau juga punya impian dan matlamat.
Janganlah berputus asa, tiada kejayaan yang mudah, bangun keluarkan singa di dalam dirimu dan berlarilah sepantas-pantasnya untuk mencapai impianmu.
Kejutkan singa di dalam dirimu.
Sumber; MOFS Motivasi Fiq Sam
0 comments: