En. Alawih Dantalmura bersama En. Jamran Manahing bertandang memenuhi jemputan Majlis Khatam Al-Quran Putri Ainul Mardhiah dan Aqiqah Ayden Fayyadh Al-Hafidz kedua-duanya anak kepada En. Yasser Rashdan Hj. Hamdan.
Majlis berkenaan berlangsung di Ballroom Sanbay Hotel, Bandar Ramai-Ramai, Sandakan pada hari Ahad 05 Januari 2020 / 09 Jumadil Awal 1441.
Majlis dimulakan dengan bacaan Khatam Al-Quran Putri Ainul Mardhiah Binti Yaseer Rashdan sekitar jam 10:00 pagi dibimbing oleh ustazahnya.
Selepas itu majlis diteruskan dengan Aqiqah / Cukur Jambul Ayden Fayyadh Al-Hafidz Bin Yasser Rashdan yang dikendalikan oleh dua orang Imam Kampung Bokara.
Program ini dimeriahkan lagi dengan persembahan yang menarik iaitu membaca Selawat Nabi oleh kumpulan marhaban An-Nur selepas bacaan doa khatam dan aqiqah.
Dianggarkan lebih 300 orang lelaki dan perempuan dari sanak saudara hadir memenuhi dewan Ballroom Sanbay Hotel bagi menyaksikan majlis tersebut.
Tahniah diucapkan kepada En. Yasser Rashdan Hj. Hamdan kerana telah berjaya menyelesaikan tanggungjawaab terhadap anak-anak.
" Baraka-Allahu feekum. "
0 comments: