10 Januari 2020

Pas Sementara Sabah (PSS)




Kerancakkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis ada pihak yang mempertikaikan, membantah sehingga dijadikan isu politik berkenaan Pas Sementara Sabah (PSS).

Ada yang berpendapat lambat laun yang mendapat PSS kelak akhirnya akan memperoleh kewarganegaraan Malaysia.

Mereka nanti akan mengakibatkan persaingan pekerjaan mengatasi penduduk termpatan sekiranya mereka memperolehi PSS di mana mereka akan bebas untuk mendapatkan peluang pekerjaan dengan mudah.

Sebenarnya keadaan masyarakat sekarang berbelahbagi, ada yang faham dan ada yang belum faham, dan yang menjadi masalah adalah orang yang faham tetapi berpura-pura tidak faham serta mereka akan mencipta pelbagai tohmahan agar kerajaan tidak meneruskan PSS.

Ada satu lagi kumpulan, mereka tidak boleh membezakan pendatang tanpa izin (PTI) dengan pendatang berdaftar yang dibenarkan tinggal sementara di Sabah.


Mengapa dan apa sebenarnya PSS?


PSS adalah satu dokumen baru yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen penduduk asing bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13, Surat Burung-Burung dan Sijil Banci.

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan melalui Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing pada 6 Sept, tahun lepas dan telah diumumkan sendiri oleh Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pemegang Kad IMM13 adalah berstatus pelarian dari negara Filipina, mereka melarikan diri ke Sabah sejak tahun 1970-an lagi. Perkara ini berlaku semasa pergolakan puak pemisah di bahagian Selatan Filipina, menyebabkan ramai pelarian melarikan diri daripada serangan rejim puak pemerintah Filipina.

Selain daripada itu, ada juga pelarian ekonomi yang diberikan Surat Burung-Burung pada tahun 1980-an oleh kerajaan negeri Sabah. Kemudian selepas itu sekitar tahun 1990-an ada pula pendatang yang diberikan Sijil Banci oleh Pasukan Petugas Khas Persekutuan.

Menurut bancian pada masa ini, terdapat sebanyak 51,645 orang pemegang Kad IMM13, pemegang Sijil Banci sebanyak 47,518 orang dan pemegang kad Burung-Burung sebanyak 39,892 orang.

Sekarang ini kerajaan negeri yang mendapat persetujuan dari Persekutuan akan mengemaskini dengan melakukan pembatalan terhadap semua dokumen-dokumen berkenaan sebaik sahaja proses permohonan PSS diluluskan dan dikeluarkan kepada pendatang bagi menyusun semulah bagi mengatasi masalah pertindihan dan membolehkan pendatang memiliki dokumentasi yang lebih baik di Sabah. 

PSS adalah inisiatif kerajaan negeri dan persekutuan untuk menangani masalah pemalsuan dokumen di Sabah oleh pihak yang tidak bertanggunjawab..

Berkenaan dengan PSS tersebut akan dikeluarkan dalam bentuk kad dengan ciri-ciri keselamatan biometrik, termasuklah cap jari dan gambar pemegangnya, di mana ciri-ciri ini tidak terdapat pada ketiga-tiga janis dokumen IMM13, Sijil Banci dan Surat Burung-Burung.

Kad PSS ini boleh diperbaharui setiap tiga tahun sekali dengan dikenakan bayaran kepada pemegangnya sebanyak RM120.


Apakah PSS dapat melayakkan seseorang menjadi warga negara Malaysia?


"Tidak sama sekali", sebab kad tersebut tidak akan membolehkan pemegangnya memperolehi kemudahan taraf kewarganegaraan. Sebab perkara ini telah banyak kali dijelaskan dan ditegaskan mengikut kenyataan Kementerian Dalam Negeri semalam.

Kerajaan memastikan dan menegaskan bahawa PSS bukannya untuk proses ke arah kewarganegaraan Malaysia.

Pemegang PSS adalah kekal sebagai warga asing dengan taraf pemastautin sementara dan bukannya sebagai jaminan untuk memperolehi status warganegara, dan ianya juga bukan taraf pemastautin tetap.

Saya berpenapat PSS ini adalah satu proses menang-menang penyelesaian. Sebab kerajaan akan menerima perolehan melalui pendapatan bayaran oleh pemegang PSS sementara pemegang bebas bergerak di negeri Sabah, selain mereka juga menyumbang kepada putaran ekonomi di negeri Sabah kerana membelanjakan pendapatan mereka di negeri ini.


Related Posts:

0 comments: