08 April 2019

MENGHADIRI PELANCARAN PPBM SABAH - OLEH TUN DR. MAHATHIR




Seramai hampir 40,000 menghadiri pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Sabah di International Technology and Commercial Centre (ITCC) di Penampang, Kota Kinabalu pada Sabtu 6 April 2019.

Dilihat para hadirin telah berada seawal jam 10 pagi sungguhpun acara kemuncak dijangka hanya bermula pada jam 3 petang, mereka datang daripada semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum dari seluruh negeri Sabah.

Sebahagian besar mereka adalah bekas kalangan ahli Umno Sabah, sementara dari Batu Sapi pimpinan Tuan Hj. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan turut hadir bersama yang lain lebih 150 orang bekas Ketau-Ketua Cawangan UMNO Batu Sapi.

Turut hadir pemimpin politik antara lain ialah Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS) Jahid Jahim dan Ketua Penerangan Joniston Bangkuai; Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Jeffrey Kitingan, Ahli Parlimen Kimanis Anifah Aman; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Joseph Kurup dan Timbalan Presiden Arthur Kurup.

Turut hadir ialah bekas ketua MIC Sabah V Jothy, Bekas Ketua Menteri Sabah Harris Salleh dan Chong Kah Kiat, yang dilayan mesra oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nabawan dan bekas Naib Presiden Upko, Bobbey Ah Fang Suan dan lain lain bekas pemimpin Umno Sabah, iaitu Salleh Said Keruak, Pandikar Amin Mulia.

Kemasukan parti PPBM ke Sabah adalah atas desakan dan permintaan rakyat negeri itu yang mahu menyertai PPBM dan mahukan kehadirannya di negeri ini.

Tun Dr. Mahathir Mohammad semasa ucapan pelancaran PPBM Sabah berkata “Kami berada di sini untuk bekerjasama dengan kerajaan Sabah. Kami mahu mengukuhkan kerajaan kerana kami mahu mempunyai hubungan yang baik di antara Sabah dan persekutuan.”

Adun Sulaman Hajiji Noor dilantik sebagai ketua penyelaras PPBM Sabah yang ditugaskan untuk mengawasi pembukaan bahagian dan cawangan PPBM dan memastikan proses itu mematuhi perlembagaan parti.


























Related Posts:

0 comments: