
PROGRAM MENDEKATI RAKYAT mula dianjurkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Batu Sapi yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya Tn. Hj. Khairul Firdaus Datuk Akbar Khan.
Kali ini program berkenaan diadakan di Kampung Bukit Nenas, Jalan Batu Sapi pada Ahad 8 September lepas. Firdaus di iringi bersama oleh Ketua Srikandi .Puan Hasma Nurdin dan Ketua Armada Encik Rozaizar Rozainie
Terdahulu beliau bersama rombongan melawat Kampung Lupak Meluas Darat yang juga terletak di Jalan Batu Sapi.
Matlamat program ini bertujuan merapatkan hubungan silatul rahim di antara kepimpinan Bahagian PPBM Batu Sapi dengan masyarakat (kalangan ahli parti) di Kawasan Parlimen Batu Sapi.
Pada masa sama program berkenaan juga dapat merapatkan kumpulan Kepimpinan Bahagian kerana keikutsertaan serta kerjasama daripada Srikandi dan Armada bersama para Ahlijawatankuasa masing-masing.












Sumber: Srikandi Batu Sapi
0 comments: