Bersama belia-belia Kampung Keluarga selepas selesai Solat Sunat Eidul Fitri
Tahun ini Hari Raya Eidul Fitri jatuh pada 15 Jun 2018 bersamaa 1 Syawal 1439. Saya dan keluarga menunaikan Solat Sunat Eidul Fitri bersama-sama dengan masyarakat kampung di Surau Nurul Ikhwan, Kampung Keluarga, Jalan Lintas Sibuga, Batu Sapi, Sandakan.
Dianggarkan menghampiri 200 jemaah termasuk jemaah perempuan yang turut serta menunaikan Solat Eidul Fitri pada tahun ini sehinggakan semua jemaah memenuhi ruang solat Surau Nurul Ikhwan.
Saya menjangkakan besar kemungkinan menjelang tahun-tahun mendatang ruang solat surau berkenaan tidak lagi dapat menampung pertambahan jemaah yang kain meningkat.
Jawatankuasa Surau Nurul Ikhwan akan mengadakan perbincangan mencari jalan supaya bagaimana surau kampung dapat diperbesarkan supaya boleh menampung jemaah di masa akan datang.
Sebahagian dari jemaah yang sedang mula berdatangan ke Surau Nurul Ikhwan
Sebahagian dari jemaah yang telah mengambil tempat masing-masing
Singga di rumah macik Aisah Salahuddin beraya di Kampung Keluarga
Saya bersama isteri setelah selesai Solat Sunat Eidul Fitri di Kg. Keluarga
Amsiah Alam (isteri) bersama dua orang anak perempuan Nurtahira & Nursyahirah
Anak-anak saya dari kiri; Nurtahirah, Tahir Ahmad (tengah) & Nursyahirah (kanan)
Oleh: Admin
0 comments: