05 Jun 2018

265,149 PEMINJAM DIKELUAR DARIPADA SENARAI HITAM JABATAN IMIGRESEN - Tan Sri Muhyiddin Yasin


Yang Berhormat Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yasin


Sebanyak 265,149 nama daripada 433,708 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah dikeluarkan daripada senarai hitam Jabatan Imigresen sehingga semalam.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata baki 168,289 daripada jumlah peminjam itu akan dikeluarkan daripada sistem senarai hitam jabatan itu pada 15 Jun ini.

Beliau berkata kemudahan pelepasan sekatan keluar negara bagi peminjam berkenaan terpakai kepada peminjam yang nama mereka masih di dalam sistem Imigresen.

"Pihak berkuasa pintu masuk negara di seluruh negara telah dimaklumkan mengenai pembatalan tersebut," katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini.

Bagi individu yang disenarai hitam oleh Lembaga Hasil Dalam Hasil (LHDN), Muhyiddin berkata mereka dibenarkan keluar negara tanpa sekatan bermula 1 Jun lepas selaras dengan surat arahan agensi yang diterima Jabatan Imigresen pada tarikh sama.....


Sumber:  Bernama



0 comments: