" Jangan sesekali jadikan kekurangan dan kemiskinan keluarga sebagai alasan untuk tidak mengejar cita-cita dan berjaya dalam pendidikan. "
Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Mejor (K) Datuk Haji Samsudin Yahya berkata demikian semasa merasmikan Program Selangkah Ke Menara Gading di Dewan Serbaguna SMK Batu Sapi Sandakan pada Khamis.
Beliau berkata kerajaan melalui kepimpinan YAB. Datuk Seri Panglima Najib Tun Abdul Razak, telah banyak menyediakan pelbagai bantuan pendidikan, malah meletakkannya sebagai agenda yang penting bagi melahirkan anak bangsa yang berpendidikan tinggi dan berilmu di negara ini.
" Dengan adanya program seumpama ini, saya meletakkan harapan yang tinggi supaya anak-anak dapat melonjakkan dan dorongan semangat untuk terus berjaya.
" Tidak ada jalan pintas untuk mencapai sesuatu kejayaan berusaha gigih dan disertai doa, " Katanyayang juga ADUN N. 43 Sekong.
Beliau memberikan sumbangan wang tunai RM500 kepada adik Khalil Suahid, sebagai dorongan dan penghargaan di atas kejayaan dan pencapaiannya memperolehi keputusan cemerlang dalam perperiksaan MUET baru-baru ini..
Program anjuran bersama Yayasan Sabah, Zon Pantai Timur dan UPPM Sekong berjaya mengumpulkan seramai lebih dari 300 pelajar, yang bakal menduduki perperiksaan SPM/STPM, di SMK, Batu Sapi.
Hadir sama; Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Puan Hjh Rosinah Abdul Moin, Pengetua SMK Batu Sapi En. Suhaimi Mat Shah, Ketua Puteri UMNO batu Sapi Pn. Hazulizah Md Dani, Dr. Anang Langka Mad Kassim, Ustaz Malai Ali Malai Ahmad, Penceramah, Penolong -penolong Kanan Sekolah, Guru2, Staff UPPM Sekong, dan Ajk Bahagian Umno Batu Sapi.
Admin dan ehsan Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi.
0 comments: