04 September 2017

Datuk Haji Samsudin Yahya Merasmikan Penutupan Program SEMBANG MUAMALAT 2017




Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi Datuk Haji Samsudin Yahya memuji usaha yang dimainkan pihak Yayasan Dakwah Islam Malaysia (YADIM) Zon Sabah memberikan pendedahan . peri pentingnya mengetahui sistem Muamalat terutama kepada masyarakat muslimin muslimat Daerah Sandakan.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) N. 43 Sekong menyokong penuh kepada kerjasama Ahli Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan kolaborasi dengan YADIM untuk senentiasa menganjurkan program-program seumpama ini kerana ianya melibatkan tanggunjawab individu mahupun organisasi perniagan muslimin muslimat dalam menggalakan pengurusan berlandaskan patuh syariah.

Beliau berucap demikian semasa merasmikan Penutupan Program Sembang Muamalat 2017 berlangsung di Dewan Serbaguna Masjid Daerah Sandakan pada 12 Ogos 2017 lepas.

Terdahulu dua buah pembentangan kertas kerja disempurnakan oleh Pengasas dan Perunding Utama Hijrah Wealth Mangement Sdn Bhd dan Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Berhad Ustaz Haji Fauzi.

Kedua-dua mereka menyampaikan panduan dan keterangan tentang pelaksanaan Muamalat berkaitan harta dan jaul beli terhadap muslimin dan muslimat mengikut kehendak syariah yang merangkumi juga soal kehidupan seharian bermasyarakat dalan institusi kekeluargaan Islam.

Hadir sama; Pengarah YADIM Zon Sabah Haji Samin Ongki, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Daerah Sandakan Haji Mohd Hamsan Hj. Awang Supain, Penolong Pengarah JASA En. Zulfikar Piting, Pegawai Tadbir JHEAINS Ustaz Awang Juri Awang Tahir, Ketua Puteri Batu Sapi Puan Hazulizah Md. Dani, Pegawai Pembangunan Luar Bandar Tuan Ustaz Imran Usman dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (PPM) En. Zantapha Zainal Abidin.











Oleh:  Admin



0 comments: