
Datuk Samsudin Yahya bersama para peserta kursus
Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui perlabagai agensi kerap menggalakkan dan menyediakan serta memberikan peluang kemudahan untuk menjana pendapatan kepada masyarakat yang berminat menceburi bidang-bidang keusahawanan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N. 43 Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata demikian semasa berucap merasmikan Program Penjanaan Pendapatan 1 AZAM anjuran Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah di Sandakan Style Hotel pada Khamis 26 May 2016.
Beliau berkata dan meletakkan harapan yang tinggi dengan adanya latihan dan kursus membuat Sabun Herba supaya para peserta yang terlibat dapat memanafaatkan sepenuhnya peluang yang ditawarkan kerajaan untuk memulakan perniagaan sebagai bertujuan meningkatkan taraf ekonomi keluarga masing-masing.
Hadir sama; PPM Kawasan Sekong & Setiausaha Bahagian UMNO Batu Sapi En. Zantapha Zainal Abidin, CDO Kawasan Sekong Cik Khatijah Ebrahim, Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Husin Nasip, Naib Ketua Wanita UMNO Batu Sapi Pn. Marlina Mustapha danNaib Ketua Puteti Pn. Hazulizah Md. Dani.

Datuk Samsudin Yahya bersalam dengan peserta kursus

Pn. Marlina Mustapha dan Cik Khatijah Ebrahim bersam rombongan

Susana ruang kursus Sandakan Style Hotel

Sebahagian daripada peserta kursus fokus mendengar ceramah / taklimat

Datruk Samsudin Yahya berucap semasa merasmikan program kursus

Datuk Samsudin Yahya bersama pegawai penganjur kursus

Datuk Samsudin Yahya menyampaikan Sijil Penyertaan kepada salah seorang peserta
Sumber: Penerangan UMNO Batu Sapi
0 comments: