Datuk Samsudin Yahya di Pelancaran Hari Guru SK Segaliud
Hari Guru sewajarnya disambut dengan kemeriaan maksima oleh para ibu bapa dan murid-murid sekolah setiap tahun sebagai satu manifestasi untuk memberikan penghargaan yang tinggi serta satu pengiktirafan di atas jasa yang telah dicurahkan dalam usaha memberikan pendidikan kepada pewaris anak bangsa.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan N. 43 Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata demikian semasa berucap menyempurnakan pelancaran Sambutan Hari Guru SK Segaliud, di Dewan Serbaguna Kg. Segaliud pada Jumaat 27 Mei 2016.
Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi berkata dan menyarankan supaya para ibu bapa sentiasa mengawasi perkembangan anak-anak dan tidak hanya meletakan tanggungjawab mendidik di bahau guru sekolah sepenuhnya.
Katanya, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan telah membelanjakan jutaan ringgit bagi menyediakan peluang pendidikan kepada rakyat dan jangan jadikan kekurangan yang ada sebagai halangan untuk berjaya mencapai kecemerlangan dalam pendidikan.
Terdahulu Datuk Samsudin Yahaya menyerahkan sumbangan berupa sebuah mesin cetak untuk keperluan SK Segaliud.
Hadir sama; PPM Sekong En. Zantapha Zainal Abidin, Pengerusi PIBG SK. Segaliud En. Kuning Kadir, Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Batu Sapi Pn. Hjh. Marlinah Mustapha dan Ketua Penenrangan UMNO Batu Sapi En. Husin Nasip
Warga Pendidik bersama Datuk Samsudin Yahya
Menerima Cendrahati daripada pihak SK. Segaliud
Para hadirin di Majlis Pelancaran Hari Guru SK Segaliud
Sumber: Penenrangan UMNO Batu Sapi
0 comments: