15 Jun 2015

Kembalinya ke Rahmatullah seorang rakan / saudara yang baik....


Suasana tengahari di Rumah Jenazah Hospital Sandakan - 14/06/2015 jam 12:30 p.m.


Semalam saya telah kehilangan seorang rakan yang baik (bapa saudara) Arwah Abdullah Liew Kim Song. Menurut laporan dari isterinya (macik saya), beliau meninggal akibat komplikasi serangan buah pinggang yang telah tidak berfungsi (akibat kesan serangan kencing manis) serta ketumbuhan pada kedua belah pahanya.

Arwah merupakan individu yang sangat rajin bekerja dan bertanggungjawab tarhadap arahan majikannya. Beliau juga disiplin dalam menjalankan tugasan yang dirahkan apatah lagi dalam mendidik anak-anak dan mengurus rumah tangga.

Mengapa saya amat merasai kehilangannya....?

Sebenarnya kami amat terhutang khidmat budinya, kerana beliaulah yang membantu saya dalam kerja-kerja penimbusan tanah di Kampung Keluarga.

Dahulunya, sebahagian besar kawasan kampung di bahagian utara diliputi tanah rendah tak ubah seperti sebuah kolam besar. Jika setiap musim tengkujuh tiba, maka kawasan itu akan menjadi bah, sesuatu yang dirisaukan dan ditakuti oleh semua penduduk kampung.

Kanak-kanak pula riang gembira, mereka tidak perasan kesusahan yang di hadapi orang tua mereka dalam berhadapan dengan banjir. Kerana mereka terhibur dengan suasana memamcing ikan haruan yang banyak di kawasan itu setiap tiba musim tengkujuh.

Alhamdulillah sekarang ini, kawasan tersebut telah berubah wajah. Jika dahulunya tempat itu diliputi air, sekarang tidak lagi. Ia kelihatan rata seperti padang bola. Sebahagian rumah penduduk telah dipindahkan ke kawasan sebelah selatan kampung.

Sebab itu saya katakan, amat kelilangan seseorang yang penting. Selama lima tahun beliau tidak pernah mengeluh penat lelah dalam menyelesaikan tanggungjawab memenuhi kehendak saya supaya kawasan itu dipenuhi tanah.

Tidak pun beliau meminta sebarang bayaran khidmat sesen pun. Pernah sekali saya bertanya kepadanya. "Agak-agaklah berapakah kos majikan kamu menghantar tanah ke kawasan ini....?"

"Bayangkanlah ribuan trip lori seberat 10 tan menghantar tanah siang dan malam, dua buah jentolak bertugas setiap hari, lain lagi gaji pekerja yang terlibat dan minyak diesel termasuk selenggara semua jentera... menurut kira-kira taukeh sekitar melebih RM1.5 juta." Katanya sinis.

Saya terkejut bila mendengar jumlah itu, saya yakin Tuham memang Pemurah dan Penyayang. Mungkin telah ditakdirkan Arwah dihantar untuk membantu kami. (Alhamdulillahi-robbil-'alameen).


Gambar menunjukkan kawasan yang telah di timbus


Kebetulan petang semalam juga saya ada temujanji dengan seorang Jurulukis Plan Rumah melawat kawasan ini dan meminta khidmat beliau, untuk menyiapkan set plan Pusat Cuci Kereta dan Servis Kenderaan termasuk Pejabat Koperasi Sibuga Jaya Sandakan Berhad.

Pemergian Arwah kembali ke Rahmatullah tidak sempat melihat pembangunan yang sedang rancak dirancang di Kampung Keluarga. Khidmat beliau memang tidak dapat dibalas dengan wang ringgit, disematkan doa restu semoga rohnya ditempatkan bersama roh para solleheen, dan disediakan tempat yang indah, aman dan sejahtera, aameen, aameen Allahummah aameen.


Oleh: Admin



0 comments: