ADUN Sekong Datuk Samsudin Yahya Larian Sihat dan Cergas
Aktiviti Larian Sihat dan Cergas anjuran SMK Muhibbah adalah satu petanda yang amat positif pada masa sama mendapat sokongan serta penglibatan masyarakat khususnya golongan pendidik dan pelajar dalam proses mewujudkan warganegara yang sihat dan cergas.
Program seumpama itu sejajar dengan Dasar Sukan Negara untuik membudayakan kesukanan dalam masyarakat selain melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia, sudah tentunya ia dimulakan dari peringkat sekolah, Datuk Samsudin Yahya berkata demikian semasa merasmikan Larian Sihat dan Cergas di SMK Muhibbah pada Sabtu – 25 April 2015.
“Pelajar sekolah pada masa ini cenderung ke arah kecemerlangan bidang akedemik sahaja lalu beranggapan aktiviti sukan hanyalah menjejaskan masa mereka.” Katanya
“Oleh sebab itu para pelajar perlu disedarkan betapa pentingnya juga aktiviti sukan yang turut dinilai sebagai metod melayakkan mereka melanjutkan ke pengajian tinggi, 1Murid 1Sukan adalah langkah bijak dan tepat untuk mencapai matlamat pengajian mereka.” Ujarnya
Hadir sama pada majlis berkenaan; Ketua Penerangan UMNO Batu Sapi En. Hussein Nasip, CDO Karamunting En. Abidin Zainal Abidin dan Penyelia UPPM Sekong En. Zainuddin Hassan.
Sunmber: Admin
0 comments: