Sebanyak 21 unit Kedai Rakyat Borneo Mart akan dibuka di Sabah sepanjang tahun ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malik berkata tiga daripada kedai itu sudah dibuka di Kelombong Kota Kinabalu dan dua di daerah ini iaitu di Bandar Letat Jaya dan Taman Mawar.
Katanya kedai yang dijenamakan dibawah program Kedai Rakyat Borneo Mart layak menerima subsidi penghantaran secara percuma, lanjutan daripada projek Mobile (penghantaran) Kedai Rakyat 1Malaysia.
"Ini bermakna kos pengangkutan tidak akan termasuk dalam harga jualan barangan yang seterusnya akan merendahkan harga jualan," katanya pada majlis perasmian Kedai Rakyat Borneo Mart Bandar Letat disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid di sini hari ini.
Hasan berkata strategi ini dilaksanakan kerana kerajaan sedia maklum masalah yang berlaku kepada peniaga di kawasan terletak jauh di pedalaman khususnya di Sabah.
Katanya kos pengangkutan adalah tinggi bergantung kepada faktor geografi dan persekitaran mengakibatkan peniaga tidak mempunyai pilihan mengenakan harga jualan tinggi yang secara tidak langsung membebankan pengguna.
Sehubungan itu, beliau berkata program Kedai Rakyat Borneo Mart dilihat sebagai strategi terbaik bagi menangani permasalahan itu.
Menurutnya program Borneo Mart merupakan penjenamaan semula kedai runcit tempatan yang terpilih kepada satu jenama mudah dikenali.
Katanya program ini dirangka melibatkan usahawan dan peniaga tempatan berdasarkan permintaan khas daripada kerajaan negeri agar rakyat tempatan diberi lebih peluang dan galakan untuk terlibat dalam ekonomi secara berkesan.
Masyarakat Sandakan hadir Perasmian Projek Kedai Rakyat Borneo Mart, Bandar Letat Jaya, Batu 4, Sandakan
PPM Zantapha Zainal Abidin bersama beberapa AJK Bahagian UMNO Batu Sapi
Sebahagian dari Ketua-Ketua Cawangan UMNO Bahagian Batu Sapi hadir sama
Sebahagian dari Ketua-Ketua Wanita Cawangan UMNO Batu Sapi turut hadir
Hidang makan tengahari turut disajikan
Admin bersama AJK Wanita UMNO Batu Sapi Puan Jurinah dan AJK Bahagian UMNO Batu Sapi Encik Raman Rabi
SumberL Bernama
0 comments: